Christy Turlington, Ed Muka Baharu Wangian Calvin Klein

0
18

SIAPA yang tidak kenal dengan supermodel Christy Turlington? Sejak dahulu hingga ke hari ini, kejelitaan wajahnya tidak pernah gagal memukau setiap jiwa penggemarnya. Wajah wanita yang berusia 45 tahun ini juga kelihatan seperti tidak dimakan usia!

Terbaharu, Christy menghiasi iklan cetak bagi wangian Eternity oleh Calvin Klein bersama suaminya yang juga seorang pelakon, Ed Burns.

Iklan yang dirakamkan oleh Turks & Caicos itu turut menandakan sambutan ulang tahun ke-25 jenama wangian tersebut.

Selain itu, wangian baharu, Eternity Night untuk lelaki dan wanita akan dilancarkan pada bulan Ogos depan.

Sebagai model yang telah lama berkerja untuk Calvin Klein, penglibatan Christy bersama jenama fesyen terkemuka itu pada kali ini memberikan makna yang sedikit istimewa.

Ia bertepatan dengan pelancaran platform filantropik The Eternity Projek yang dilancarkan baru-baru ini. Projek tersebut bakal memberi sokongan terhadap pelbagai aktivit amal termasuklah organisasi Every Mother Counts yang dibangunkan oleh Christy.

“Saya sangat bersyukur atas sokongan yang diberikan kepada Every Mother Counts. Saya juga berasa sungguh teruja kembali mewakili jenama ini bersama suami saya. Ini merupakan kempen Eternity terbaharu kegemaran saya sepanjang masa,” ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu kepada majalah People.

Kredit gambar: Getty Images, Calvin Klein

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini