Chris Pine Wajah Baharu Armani Code

0
17

TERKENAL dengan pemilihan artis tersohor untuk dilantik sebagai duta dan jurucakap, jenama fesyen terkemuka, Armani baru-baru ini telah mengumumkan pelakon Chris Pine sebagai muka baharu bagi kempen minyak wangi Armani Code Ice.
Giorgio Armani berkata, Chris Pine mempunyai karisma yang tersendiri dan dia dilihat begitu sesuai untuk mewakili jenama tersebut.
“Chris begitu sempurna untuk mewakili jenama ini dengan tarikan semula jadi yang ada pada dirinya. Selain mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan, daya tarikan yang ada pada Chris menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk mewakili wangian ini,” ujar Giorgio.
Tonton pelakon yang popular dengan francais filem Star Trek ini menerusi iklan Armani Code Ice.

Kredit photo © Brigitte Lacombe

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini