Butik COS pertama di Malaysia bakal dibuka di Pavilion Elite

0
5

SEBELUM hujung tahun ini, Malaysia akan membuka pintunya kepada satu lagi jenama pakaian antarabangsa. Jenama tersebut ialah COS. Butik pertama COS di Malaysia bakal beroperasi di Pavilion Elite, Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Koleksi musim luruh/sejuk 2016 akan menjadi pertaruhan sulung jenama tersebut dalam pasaran tempatan. Setiap helaian koleksi tersebut diperincikan sebagai sebuah ekplorasi terhadap fungsi baharu dalam penyediaan pakaian dengan suntikan ciri hibrid serta menggabungkan nilai klasik bersama nilai eksentrik dan elektik.

Ketua rekaan pakaian lelaki COS, Martin Andersson berkongsi: “Koleksi ini elegan tetapi bersahaja dan ia dapat dicapai menerusi penetapan fabrik, siluet dan rekaan. Kebanyakan helaian bagaikan ilusi berteraskan kekaburan dan kelembutan bentuk serta fabrik.”

Seni reka dalaman butik COS itu pula diilhamkan daripada refleksi nilai-nilai rekaan COS dan elemen-elemen semula jadi serta estetika kekemasan jalinan setiap helaian. Ia juga akan dilengkapi ruang lounge berserta perabot abad pertengahan karya para pereka moden.

KONGSI
Artikel sebelumnya11 fakta Gong Yoo – Hero Train to Busan
Artikel seterusnyaJoanne tajuk album baharu Lady Gaga

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini