Bergaya Kasual Dengan Kasut Sukan

0
234

BERANI memadankan kasut sukan dengan pakaian kasual? Mungkin dua kombinasi dua item itu kedengaran agak janggal, namun, jika warna yang dipilih sesuai dengan padanan pakaian anda, mengapa tidak?

Pilih warna terang.
Sejujurnya, anda menyarungkan kasut sukan bersama skinny jeans kerana mahu tampak unik dan stand out. Bagaimanapun, anda tidak mahu kelihatan muram jika kedua-dua warna seluar dan kasut adalah berona gelap. Jadi, jika mahu membeli kasut sukan untuk digayakan kasual, pilih warna terang.

Jangan bergantung pada satu jenama.
Ya, memang jenama New Balance sedang hangat diperkatakan sekarang. Tetapi, banyak lagi jenama kasut sukan lain yang mempunyai pellbagai warna dan corak.

Pastikan ia selesa.
Walaupun ianya kelihatan selesa, tidak bermakna anda perlu mengenakan kasut satu saiz lebih kecil daripada saiz kaki anda. Kelebihan kasut sukan ialah anda mampu bergerak di dalamnya sepanjang hari tanpa perlu risau akan masalah melecet. Oh ya, jangan lupa untuk menyarungkan sarung kaki.

Asingkan kasut untuk kegunaan gimnasium
Jika anda gemar ke gimnasium, jangan sesekali mengambil kesempatan untuk memakai kasut yang sama anda gayakan ke pusat beli-belah. Anda tidak mahu bau kurang enak bercampur dengan wangian yang baru anda beli!

Sentiasa beringat.
Anda mahu kelihatan segak ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Jadi, memadankan kasut sebegini dengan pakaian formal adalah big NO! Pastikan anda tinggalkan kasut kesayangan anda di rak kasut ya!

Kredit gambar: Bethany (B Soup), The Nyanzi Report

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini