Bayangan DNA Neo Punk

0
9
Processed with VSCO with hb1 preset

MUSIM baharu kali ini, Adri Anuar LTD memperkenalkan edisi helaian terhad untuk lelaki di bawah koleksi Adri Anuar LTD Revisited Classic musim bunga/panas 2016/2017.

FOTO/@feyyeredzuan

Rekaan terkininya mengambil inspirasi dan sentuhan daripada estetika minimalis serta sedikit DNA mewah daripada Neo Punk. Bagi helaian musim bunga/musim panas 2016/2107 ini, serapan elemen kesederhanaan dan neo moden lebih diketengahkan bertujuan mewujudkan arah seni yang lebih ringkas dan merentas zaman (timeless).

Processed with VSCOFOTO/@feyyeredzuan

Garapan suai padan yang mudah dalam koleksi kali ini menghamparkan paduan seperti Flannel combo (baju dan seluar) dan Check plaid combo (sweatshirt dan seluar). Idea tersebut semestinya berupaya mengisi cita rasa individu yang mahukan persalinan ringkas dan relaks serta menepati trend semasa.

FOTO/@feyyeredzuan

Bagi mendapatkan koleksi baharu ini atau untuk keterangan lanjut, hubungi Adri Anuar LTD dengan menghantar e-mel kepada adrianuarltd@gmail.com.

Info Adri Anuar LTD:
Laman web: adrianuarltd.weebly.com
Facebook: ADRI ANUAR LTD
Instagram: @adrianuarltd
Twitter: @ADRIANUARLTD

KONGSI
Artikel sebelumnya12 lagu ke Anugerah Juara Lagu 30
Artikel seterusnyaTeater Bawang Putih Bawang Merah wajib tonton

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini