Asimilasi Raya/Resort 2015 Syomir Izwa

0
5
Sebelum1/5Seterusnya
Cendana
Cendana

CANTIK, anggun dan sopan, tiga deskripsi tepat bagi menggambarkan koleksi terbaharu pereka tanah air, Syomir Izwa. Keputusan Syomir menggabungkan koleksi resort dan raya di bawah himpunan Raya/Resort 2015 dirasakan adalah pilihan terbaik memandangkan musim ini mungkin satu-satunya musim fesyen yang ada di dunia.

Raya merupakan musim fesyen terhangat di Malaysia kerana ketika inilah para pereka fesyen tempatan bertungkus lumus menghasilkan rekaan terbaik masing-masing.

Syomir mengambil inspirasi daripada keindahan asimilasi masyarakat Ceylon ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dari segi warna, siluet dan corak pula, ia seperti menghidupkan tatacara bagaimana orang Ceylon mengadaptasi diri mereka di dalam budaya tempatan.

Rona yang ditampilkan cukup menyerlah seperti jingga lembut, biru firus, biru lembut dan putih berserta corak cetakan ala Oriental (Timur). Rekaan busana buat wanita disuntik dengan potongan leher ala baju Melayu teluk belanga, berkolar dan leher bulat.

Fabrik organza yang telus turut digunakan sekali gus memberikan gaya sensual tetapi tidak keterlaluan. Seperti koleksi tahun lalu, Syomir masih mengekalkan elemen blok warna (colour blocking) dan penerapan fabrik organik buluh/kapas.

Baju Melayu pula disediakan dalam tujuh rona berbeza. Dari segi rekaan, Syomir mengekalkan siluet tradisi sekali gus menjadikannya lebih berharga kerana keasliannya masih terpelihara. Hanya samping yang diberikan sedikit sentuhan kontemporari dengan konsep cantuman fabrik membentuk tiga lapisan rona dan corak berbeza.

Saiz bagi koleksi ini disediakan bermula daripada XS hingga XXL. Bagi mendapatkan koleksi ini, anda bolehlah berkunjung ke butik Syomir yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Info Syomir Izwa:
Lokasi butik: No. 89, Lorong Maarof, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
Laman web: www.syomirzwa.com.my
Facebook: Syomir Izwa
Instagram: @syomirizwa

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini