Adam Levine Perangkan Rambut

0
33

BEBERAPA minggu lalu, vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine telah mengejutkan peminatnya apabila dia hadir pada satu acara dengan gaya rambut dicukur tepi.

Walaupun ramai antara peminatnya tidak menggemari fesyen rambut jejaka yang baru-baru ini dinobatkan sebagai individu paling seksi oleh majalah People itu, namun ia tidak menjadi halangan buat Adam untuk terus bereksperimen dengan rambutnya.

Sabtu lalu, juri bagi program pencarian bakat The Voice itu telah memuat naik sekeping gambar ke akaun Twitter yang menunjukkan rambutnya kini telah diwarnakan dengan warna perang terang. Bergambar bersama tunangnya, supermodel Behati Prinsloo, gambar tersebut turut disertakan dengan kapsyen: “Kursus persedian menghadapi apokalips selesai.”

Pendandan rambutnya, Shaul Arbiv, yang juga pemilik salon rambut Shampoo On 3rd di Los Angeles, Amerika Syarikat mempunyai jawapan kepada transformasi Adam itu.

“Musim panas akan muncul tidak lama lagi dan kami bercadang untuk melakukan satu perubahan yang agak drastik. Jadi, kita lunturkan warna asal rambutnya.

“Saya telah berkerja dengan Adam untuk tempoh masa yang agak lama dan dia amat gemar menukar stail rambutnya,” ujar Shaul.

Sementara itu, ketika bercakap mengenai hubungannya dengan Behati, jejaka kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat itu berkata, dia agak skeptikal dan kurang mempercayai pada ikatan perkahwinan.

“Saya tak rasa perkahwinan itu adalah untuk saya. Apabila saya sudah bersedia, saya akan bersedia,” ujarnya.

KONGSI
Artikel sebelumnyaHidup Berdikari Sendiri
Artikel seterusnyaGemerlap Bintang Jennifer Lawrence
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini