22 Rekaan kreatif UT Star Wars Uniqlo

0
19

SEMENTARA menantikan Star Wars VII: The Force Awakens mendominasi pawagam di seluruh dunia mejelang Disember depan, para peminat fanatik francais opera angkasa epik itu bolehlah meningkatkan keterujaan mereka dengan menyarungkan baju-T bertema Star Wars daripada koleksi UT Uniqlo.

1-ut star wars REKAAN pemenang hadiah utama, Takuya Saito dari Jepun yang memaparkan imej Obi-Wan Kenobi di bahagian depan baju-T.

2-ut star wars REKAAN pemenang hadiah utama, Takuya Saito dari Jepun yang memaparkan imej Han Solo dan Chewbacca di bahagian belakang baju-T.

Koleksi istimewa itu bakal membariskan 22 rekaan UT yang merupakan cetusan kreatif para peserta yang menyertai pertandingan UT Grand Prix (UTGP) Star Wars 2015.

Sejak dianjurkan pada 2005, Uniqlo telah menjadikan UTGP sebagai pertandingan tahunan. Tahun ini, ia mencipta rekod baharu dengan penyertaan sebanyak 5,218 peserta bersempena tema Star Wars.

REKAAN pemenang tempat kedua, Ryosuke Sato dari Jepun ini adalah untuk baju-T kanak-kanak.

Tiga pemenang utama dipilih dengan tambahan 12 peserta untuk hadiah saguhati. Daripada keseluruhan 22 rekaan terpilih, empat daripadanya menerima sentuhan istimewa daripada barisan juri.

Baju-T bertema Star Wars boleh didapati di semua butik Uniqlo di 16 buah negara termasuk Malaysia serta butik dalam talian Uniqlo bermula 5 Jun depan. Ia dijual pada harga RM59.90 untuk baju-T lelaki dan RM39.90 bagi kanak-kanak (kedua-dua harga telah termasuk GST).

Baju-T kanak-kanak hanya terdapat di butik Uniqlo yang mempunyai bahagian kanak-kanak. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.uniqlo.com/utgp/2015/en.

KONGSI
Artikel sebelumnyaFestari 2015 kembali
Artikel seterusnyaAmbisi Dato’ Nadia Marni

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini