Stail

15 jenama fesyen yang sering disalah sebut

By  | 

CHANEL, disebut shh-nail. Senang benar untuk menyebut jenama mewah ini. Bahkan, kebanyakan golongan selebriti di Malaysia dilihat begitu menggemari jenama tersebut kerana, mungkin selain senang diluncurkan menerusi kata-kata, ia memberikan cop dagang bahawa mereka telah berada dalam kelas tersendiri.

Disebabkan itu, kita sebagai golongan marhaen hanya tahu menyebut beberapa jenama mewah kerana jenama tersebut yang sering dijinjit oleh golongan atasan ketika menghadiri majlis-majlis mewah. Membeli barangan mewah sememangnya tidak terjangkau dek jumlah gaji bulanan yang kita terima. Namun, sebagai seorang yang mengaku mengikuti perkembangan semasa, adalah wajib untuk membiasakan diri menyebut jenama-jenama mewah dengan betul.

Lebih-lebih lagi jika anda mahu membeli barangan berjenama buat kali pertama. Pastinya anda tidak mahu tersalah sebut ketika berada di hadapan kaunter butik. Berikut merupakan antara 15 jenama fesyen yang sering menjadi mangsa salah sebutan oleh pengguna:

yves-saint-laurent-logo

Yves Saint Laurent
Salah: Yes sein lauren
Betul: Eve-san lau-ron

ralph-lauren-logo

Ralph Lauren
Salah: Ralf Loren
Betul: Ralf LOH-uhn

Herve

Hervé Léger
Salah: Her-ver Le-jer
Betul: Air-vay lay-jah

Shristian-Louboutin

Christian Loubotin
Salah: Krees tian low-boo-tin
Betul: Krist-chian loo-boo-tan

anya

Anya Hindmarch
Salah: A-nya hint-march
Betul: Ahn-ya heind-march

Versace

Versace
Salah: Ver-sa-ci
Betul: Vur-sah-cheeKris

Kris Van Assche
Salah: Kris-von ass-chee
Betul: Kris van-ASH

Hermes

Hermes
Salah: Her-mmms atau Her-mees
Betul: Air-mez

Boglioli

Boglioli
Salah: Bogg-lee ogg-lee
Betul: Bo-lee-oh-lee

Lavin

Lanvin
Salah Lan-vin atau Lon-van
Betul: Lahn-vahn

Dries

Van Dries Noten
Salah: Drise-van-notin’ atau driss-van-nuh-ten
Betul: Dress-van know-tin

Moschino

Moschino
Salah: Mo-she-know atau mo-she-no
Betul: Mo-skee-no

Balmain

Balmain
Salah: Ball-mane
Betul: Ball-mahn

Givenchy

Givenchy
Salah: Give-on-chee atau Jive-onchee
Betul: Gi-vaugh she

Loewe

Loewe
Salah: Loo-wee
Betul: Loh-wev-eh

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *