Sephora Dituduh Rasis

0
40

JENAMA alat solek dari Perancis, Sephora dituduh melakukan diskriminasi terhadap pelanggan yang berketurunan Cina dan Asia pada sebuah acara jual beli yang dijalankan secara online awal November lalu. Menerusi acara tersebut, diskaun sebanyak 20 peratus ditawarkan sehingga menyebabkan laman web Sephora tidak dapat diakses akibat capaian yang banyak oleh para pengguna dari serata dunia.

Begitupun, apabila laman web tersebut kembali aktif, alamat e-mel yang mengandungi nama yang merujuk kepada etnik kaum Asia atau Cina telah disekat.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Fashionista.com, plaintif, Xia Xia, Man Xu, Jiali Chen dan Tiantian Zou mendakwa, alasan Sephora berbuat demikian kerana jenama alat solek itu percaya pelanggan yang berketurunan Cina atau dari Asia gemar membeli secara pukal apabila diberi keistimewaan potongan harga.

Bagaimanapun, Sephora yang dimiliki oleh LVMH mengeluarkan kenyataan: “Tuntutan mahkamah ini dengan ketara memesongkan fakta. Kami berharap dapat mempertahankan tindakan kami di mahkamah,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi: “Untuk rekod, kami ingin memberitahu, terdapat ramai lagi pelanggan dari serata dunia yang terbabit dalam isu ini. Ia terjadi atas sebab-sebab tertentu yang memerlukan kami menyekat akaun-akaun terbabit supaya fungsi jual beli di laman web dapat dikembalikan semula.”

 

KONGSI
Artikel sebelumnyaPuitis Perahu Kertas
Artikel seterusnyaJana Pendapatan Menerusi Hobi
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini