9 Cara Mudah Mengemas Bagasi

    0
    84

    MELANCONG, bertugas di luar daerah mahupun pulang melawat keluarga di kampung halaman – benda pertama yang menerpa masuk ke benak fikiran adalah proses mengemas beg pakaian. Sebagai seorang wanita, pasti anda berkira-kira untuk membuat keputusan dalam membawa segala kelengkapan harian dalam satu bagasi.
    Walaupun proses tersebut seringkali dilakukan, namun, pada akhir proses mengemas, mesti ada barangan yang mahu dibawa bersama. Ikuti tips yang disusun oleh Pepatung bagi memudahkan anda memilih dan menyusun setiap barang yang ingin dibawa bersama:
    1. Letakkan sepatu tinggi anda pada bahagian bawah bagasi. Susun kasut-kasut yang ingin dibawa mengikut susunan heel-to-toe.
    2. Salut sepatu tinggi yang anda bawa dengan shower cap. Cara ini mampu mengelakkan tumit tinggi kasut anda mengotori baju Balenciaga yang baru anda beli minggu lalu.
    3. Mungkin ia perkara yang agak pelik, namun, letak set pakaian dalam anda dalam beg tangan bagi mengurangkan penggunaan ruang dalam bagasi. Tetapi, berhati-hati ketika mahu membeli makanan di airport ya!
    4. Kepingin untuk mengenakan busana bersulam manik atau labuci ketika bepergian namun takut rosak akibat tersangkut sehingga tertetasnya benang? Salut dress anda itu dalam pastik jernih atau garment bag tanpa penyangkut baju.
    5. Ditugaskan ke London, England bagi menghadiri persidangan tahunan syarikat namun gusar sut anda renyuk selepas dilipat? Jangan risau. Terbalikkan blazer dan gulung sebelum disusun ke dalam bagasi.
    6. Sematkan pasangan anting-anting anda pada salah satu baju anda yang berbutang. Menerusi cara ini, aksesori yang anda beli di butik Chanel itu tidak akan hilang!
    7. Masih mahu membawa pelbagai jenis kalung mengikut busana anda ketika bercuti? Asingkan setiap satu dalam bekas pil mengikut hari – Isnin hingga Ahad. Selain mudah mengingati aksesori untuk busana pilihan, cara ini mampu mengelakkan kalung tersebut daripada berpintal sesama sendiri.
    8. Sumbat flat iron dan curling iron anda dalam kain pemegang periuk.
    9. Membawa pencukur dalam beg perkakasan? Lindungi mata bilah dengan sebuah klip kertas.
    Kredit gambar: Getty Images

    TINGGALKAN RESPONS

    Sila masukkan komen!
    Masukkan nama anda di sini