Tiga personaliti yang berkahwin dengan kerabat diraja

0
423

CINTA tidak mengenal darjat mahupun rupa. Sejak dulu, banyak lembaran sejarah yang menceritakan kisah cinta antara dua darjat.

Misalnya, lihat sahaja filem Puteri Gunung Ledang, yang menggambarkan bahawa Puteri Retno Dumilah sanggup meninggalkan segala kemewahan demi mengikut kata hati untuk bersama dengan Panglima Melaka, Datuk Laksamana Hang Tuah.

Sama ada fakta mahupun sekadar mitos, terserah kepada anda untuk menilai. Begitu juga dengan zaman sekarang, ramai kerabat diraja yang berkahwin dengan bukan yang berdarah gahara.

1 . YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar & YM Che’ Puan Sarimah Ibrahim

FOTO / GLAM LELAKI

Kegagalan rumah tangga suatu ketika dahulu tidak membuatkan Sarimah Ibrahim untuk terus menutup pintu hatinya.

Biarpun berkahwin dengan kerabat Negeri Sembilan yang merupakan cucunda kepada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, ia tidak membataskan aktiviti seni Sarimah.

Menerusi kenyataan beliau yang dipetik daripada majalah Glam:“Kehidupan saya lebih kurang sama dengan kehidupan sebelum perkahwinan kerana saya terus bekerja dan menjadi diri saya sendiri. Saya pergi gimnasium setiap hari, kelas pilates bersama teman-teman saya.

“Perubahan hanyalah pada status. Saya juga menghadiri lebih banyak acara berprotokol. Saya perasan orang akan melayan saya dengan lebih formal ketika menghadiri keraian-keraian sebegitu.”

2 . YM Tunku Dato’ Yaacob & YM Che’ Puan Datin Ezurin Yusnita

FOTO / @EZURINKHYRA

Bekas model dan pelakon era 1990-an, Datin Ezurin atau popular dengan nama Ezurin Khyra┬ámerupakan isteri kepada kerabat diraja Negeri Sembilan, YM Tunku Dato’ Yaacob.

Kini beliau banyak menghabiskan masa di London kerana anakanda-anakanda mereka belajar di United Kingdom.

Jika dilihat menerusi laman instagram beliau, kehidupannya tidak ubah seperti puteri kayangan. Menggemari fesyen dan kehidupan di kota mewah, sekejap berada di Milan untuk makan tengah hari, kemudian di Paris untuk makan malam.

3 . DYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah & Che’ Puan Azrinaz Mazhar Hakim

FOTO / HOW AFRICA

Tuah ayam boleh dilihat di kaki, tuah manusia? hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Bekas wartawan TV3 ini telah diijabkabulkan dengan Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei pada tahun 2005.

Bekas pasangan diraja ini dikurniakan seorang putera dan seorang puteri, iaitu, YAM Pengiran Muda Abdul Wakeel dan YAM Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang. Azrinaz diceraikan dengan talak satu serta segala pingat kebesaran yang pernah dianugerahkan ditarik kembali.

 

SUMBER : MAJALAH GLAM

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini