Penipuan Yang Lelaki Mahu Dengar

0
25

KATA sesetengah golongan lelaki, hubungan cinta yang baik tidak semestinya 100 peratus jujur. Kadang-kala, penipuan kecil yang berlaku dapat mengekalkan jalinan percintaan anda berdua menjadi lebih kuat dan teguh. Ikuti 5 penipuan daripada kaum wanita yang ingin didengari oleh kaum lelaki. Di tulis oleh Anna Davies.

1. “Ok, jom tengok Spider-Man malam ni.”
Hubungan cinta perlukan tolak ansur, termasuklah filem yang ingin di tonton pada malam minggu. Walaupun suami anda tahu filem adaptasi komik bukan naskhah pilihan anda, namun, dengan menunjukkan rasa teruja, temu janji hujung minggu anda akan menjadi lebih bermakna. Mungkin gilirannya akan tiba untuk memegang tisu apabila kamu berdua pergi menonton The Fault in Our Stars kelak.

2. Thanks for the dinner, sayang.”
Walaupun apa yang dimasak oleh suami anda tidak sesedap mana, ucaplah terima kasih sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan oleh suami anda. Ia lebih bermakna daripada menyuarakan apa yang anda akan buat jika makanan tersebut dimasak oleh anda. “Lelaki boleh mengalami tekanan emosi jika diberi kritikan yang negatif, lebih teruk daripada apa yang dialami oleh kaum wanita,” ujar terapis dari San Diego, Rebecca Jurgensen, Ph.D. “Jika anda mengkritik, mereka mungkin tidak mahu mencuba lagi.”

3. “Kawan-kawan saya ok.
Apabila anda pulang daripada perjumpaan mingguan bersama rakan-rakan wanita dan suami anda bertanya tentang kawan-kawan anda, dia mungkin mahu berlaku sopan. Dia tidak mahu tahu tentang masalah kemandulan yang dihidapi oleh Linda atau rumah baharu Natasha. Lebih-lebih lagi jika dia tidak mengenali rakan-rakan anda itu atau informasi tersebut terlalu bersifat peribadi. “Jika situasi tertentu tidak memberi kesan kepada dia atau hubungannya dengan anda, tidak ada sebab untuk anda bercerita kepadanya,” ujar Barbie Adler, pakar hubungan dan presiden firma mencari jodoh, Selective Search.

4. “Jom pergi gim. I dengar senaman boleh naikkan libido.
Suami anda mungkin kelihatan sedikit buncit setelah berlibur terlalu lama sempena cuti sekolah anak-anak anda. Jalan paling mudah untuk tidak menampakkan anda seorang kaki leter ialah dengan memberinya sedikit galakan dan pergi bersenam di gimnasium bersama-sama. Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila dapat menyelesaikan senaman angkat berdua.

5. “I sayang mama you
Kebanyakan pakar setuju: Walaupun suami anda mengeluh tentang perangai ibu dan bapanya, ia tidak bermakna anda boleh melakukan perkara yang sama. Kisah hubungan kekeluargaan sangat merumitkan. Apabila anda berdua tidak bersetuju dengan beberapa perkara tentang ayah dan ibu suami anda lakukan, beritahu pasangan anda bahawa anda begitu menyukai bapa dan ibu mertua anda. Walaupun suami anda sedang tidak tenteram, ucapan sebegitu mampu menjadikan perbualan tersebut berjalan dengan lebih lancar.

Kredit gambar: Getty Images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini