Cinta & Perhubungan

Patut atau tidak anda jual mahal untuk mendapatkan cinta?

By  | 

UNTUK menjawab pertanyaan tersebut, semuanya bergantung kepada apa yang anda inginkan. Sehingga sekarang, setiap kajian menunjukkan bahawa jual mahal untuk memperoleh cinta adalah perkara yang sia-sia. Mungkin terlalu lapuk?

Kita semua sama, mencari orang yang boleh memahami antara satu dengan lain. Jadi, dengan menampilkan sikap acuh tak acuh atau jual mahal, ia memberikan petanda yang kurang baik terhadap bakal pasangan anda. Lebih memburukkan keadaan, bakal pasangan anda yang mungkin menyimpan perasaan untuk mengenali dengan lebih dekat tidak mahu meneruskan usahanya memenangi hati anda.

Namun, tidak semestinya jika anda jual mahal anda terus ditinggalkan begitu sahaja. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Journal of Experimental Psychology, jual mahal sewaktu sedang mengenali seseorang ternyata berhasil. Menurut kajian ini, individu yang mahukan anda akan terus mencuba jika anda benar-benar bermain tarik tali.

Namun, jika anda mencari hubungan yang stabil dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga, konsel berjual beli atau main tarik tali bukan pilihan. Ikhlas dan berlaku jujur dengan memberitahu perasaan anda yang sebenar kepadanya. Si dia akan memberi respon yang positif, sama seperti cara anda mendekatinya.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *