Mengapa Si Dia Yang Berusia Menjadi Pilihan?

0
22

SEJAK kebelakangan ini, tidak kira golongan wanita atau lelaki, memilih pacar yang jauh lebih berusia bukanlah perkara yang tabu. Malah, fenomena ini sudah mula sebati dalam masyarakat tempatan terutamanya kaum Melayu. Nina Jury menyingkap mengapa ramai antara kita yang senang berdamping dengan mereka yang lebih berusia!

Pandai membawa diri
Golongan yang lebih berusia kebanyakannya terdiri daripada mereka yang pandai membawa diri serta bijak mengawal keadaan. Jadi, tidak mustahil jika ramai golongan muda cepat tertarik kepada mereka yang berusia kerana mereka tahu bagaimana untuk mengawal situasi. Malah, mereka juga lebih bijak dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, jika ingin pergi makan malam, pasti mereka tahu di mana tempat yang menarik dan hidangan lazat yang boleh dinikmati.

Berpengalaman
Sudah tentu ini adalah kelebihan utama buat mereka untuk memikat dan membuat golongan muda di luar sana jatuh cinta secara langsung atau tidak kepada. Kadang-kala, gaya percakapan sahaja mampu buat hati si dara dan teruna berdebar bagai nak gila.

Kelakar
Setiap lontaran kata-kata mereka pasti terselit dengan bahan jenaka. Selalunya, ia bukan perkara yang dibuat-buat atau lebih mudah dilabel sebagai lawak bodoh. Namun perwatakan humor semula jadi ini dapat dilihat apabila mereka mula rancak berbual atau bercerita. Sudah pasti mampu membuatkan hati muda-mudi di luar sana angau dan kadang-kala tersenyum sendiri bila mengenang kembali.

Manja dan sensitif
Walaupun mereka ini matang, lebih berpengalaman dalam pelbagai aspek. Namun ada perwatakan tersembunyi yang mereka tidak perlihatkan iaitu sisi manja dan sensitif. Kebiasaanya mereka yang lebih berumur ini lebih bersifat ego, merasa diri mereka sentiasa betul kerana mereka boleh berdikari tanpa pasangan. Awas! jangan tertipu dengan sikap macho dan tegas yang sering ditonjolkan kerana sebenarnya mereka juga manja dan sensitif. Berhati-hati ketika berbicara dengan mereka, kadang-kala kita sendiri tidak menyangka apa yang diperkatakan bisa mengguris perasaan si dia.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini