Janji temu pertama yang menjamin janji temu kedua

0
41

BOSAN melalui hidup berseorangan? Tidak mempunyai teman untuk berkongsi rasa dan sering menghabiskan masa bersama kucing? Mungkin sudah tiba waktunya anda mencari calon yang sesuai untuk dijadikan kekasih hati. Persoalan pertama, apakah cara yang paling mudah untuk membina hubungan impian? Menerusi janji temu.

Persoalan kedua, bagaimanakah cara yang paling sesuai untuk berjumpa bagi menjamin janji temu pertama itu berhasil dan membolehkan anda berjumpa dengan si dia buat kali yang kedua? Pepatung ada jawapannya.

Piknik di taman
Kedengaran sungguh klise, tetapi siapa yang tidak mahu beristirehat di atas hamparan sambil menikmati hidangan sandwich bersama calon kekasih hati?

Kafe yang menampilkan band tempatan
Tiada apa yang lebih menyenangkan daripada secangkir kopi dan alunan muzik yang mempesonakan.

Boling
Permainan boling bukan sahaja membolehkan anda berinteraksi antara satu dengan lain, malah, jika salah seorang tidak tahu bermain, inilah masanya untuk mengusik si dia dan membuatkan dia tertawa!

Bakar kek bersama
Masing-masing boleh menunjukkan kemahiran memasak. Jika GAGAL, Bisou Bakeshop sentiasa ada.

Panjat Bukit Broga
Anda gemarkan perkara yang mencabar? Apa kata panjat Bukit Broga bersama. Selain dapat mengeluarkan peluh, anda juga boleh menikmati pemandangan indah secara berdua (dan bersama ramai lagi pengunjung lain). Oh ya, jangan lupa selfie!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini