Isu lambat kahwin ada kaitan dengan keturunan

0
20

MENURUT jurnal Nature, sebuah kajian yang di lakukan di Universiti Peking, Beijing, China baru-baru ini mendapati, ada antara individu yang mewarisi baka yang membuatkan mereka tidak mampu bertahan dalam sesebuah hubungan cinta. Dan baka itu tidak ada kena mengena dengan rupa paras dan personaliti.

Sebaliknya, pasukan penyelidikan mendapati, sesetengah orang mempunyai gen yang menyebabkan tahap kadungan serotonin dalam badan rendah lalu mengakibatkan rasa kurang selesa apabila berdepan dengan hubungan cinta. Pertalian ke arah tingkah laku hubungan, “seperti bermesra dan hubungan afektif,” terikat dengan tahap otak serotonin.

Para penyelidik telah mengkaji secara kasar 600 mahasiswa berbangsa Cina dan bertanya soalan mengenai status hubungan mereka sebelum mengumpul sampel rambut untuk proses genotyped.

Dalam ujian mereka, para penyelidik memberi tumpuan terhadap gen yang dipanggil 5-HTA1, yang memberi kesan kepada tahap serotonin. Setelah mengkaji dengan lebih lanjut, mereka mendapati bahawa terdapat “perbezaan yang besar” antara berapa ramai orang bujang yang mempunyai “C” alel gen (kira-kira 50%) berbanding lain “G” alel (kira-kira 60%). Dalam erti kata lain, sesetengah orang hanya secara genetik kurang mampu untuk membangunkan perasaan untuk menjalinkan hubungan yang rapat.

Ia bukan hanya berteraskan biologi: Bilangan pelajar berstatus single yang tinggi tidak hanya dipengaruhi oleh genetik – ia juga berkaitan dengan mengenai norma masyarakat. Penemuan dari awal tahun 2014 mendapati bahawa kira-kira separuh daripada orang dewasa yang berumur 16 tahun ke atas tidak mempunyai teman istimewa. Apabila kajian yang sama dilakukan pada tahun 1976, peratusan adalah 37.4%.

Tambahan pula, mahasiswa yang terlibat dalam penyelidikan tersebut mungkin belum cukup matang dan menjadikan hubungan cinta sebagai perkara utama yang perlu dicapai dalam hidup.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini