7 petanda teman lelaki anda mahu putuskan hubungan

0
62

ADAKAH anda mula berasa hubungan cinta bersama teman lelaki tidak seperti dulu? Ini bermakna ada sesuatu yang akan berlaku – teman lelaki anda mungkin sedang berkira-kira untuk memutuskan hubungan dengan anda. Pepatung menyenaraikan tujuh tanda teman lelaki anda mungkin mahu mengakhiri hubungan cinta bersama:

1) Selalu menghilang
Berasa pelik anda jarang melihat kelibat kekasih anda? Mungkin dia baru sahaja bertukar tempat kerja atau pindah ke kawasan yang jauh daripada rumah anda. Jika tiada sebarang perubahan yang berlaku dalam hidupnya, mungkin teman lelaki anda mengelak untuk berjumpa bersama.

2) Texting tidak sekerap dulu
Dia jarang menulis mesej untuk anda? Periksa dahulu mengapa dia jarang berhubung dengan anda. Mungkin kerap berada di luar kawasan atau bil telefonnya sudah mencecah kuota yang ditetapkan.

3) Sering mengungkit tentang pergaduhan
Ini merupakan petanda bahawa dia tidak gembira dengan hubungan yang telah dibina. Normal bagi pasangan bercinta mengalami momen pergaduhan, namun, jika kamu berdua sering bertengkar, mungkin anda boleh bermuhasabah diri dan menilai kembali hubungan. Adakah ia sudah retak dan hanya menunggu masa menanti belah? Bercakaplah dengan teman lelaki anda dan cari penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan yang terganggu.

4) Dia lebih sanggup lepak bersama rakan-rakannya
Lepak bersama rakan-rakan bukan menjadi satu masalah. Namun, jika teman lelaki anda lebih kerap menghabiskan masa bersama teman karibnya berbanding anda, mungkin hubungan anda kini sedang dilanda masalah.

5) Teman lelaki anda cepat terganggu
Ada banyak sebab mengapa golongan lelaki tidak fokus terhadap sesuatu perhubungan. Mungkin dia sedang sibuk dengan karier atau keluarganya sedang ditimpa masalah. Namun, jika dia sengaja tidak memberi fokus terhadap hubungan, mungkin sudah tiba masanya anda berdua duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

6) Dia berhenti menyatakan rasa sayangnya
Sudah lama dia tidak mengungkapkan “I love you“? Mungkin itu adalah caranya untuk mengundurkan diri. Kebanyakan lelaki lebih rela mendengar kata putus daripada golongan wanita daripada mereka meluahkannya sendiri.

7) Intuisi anda mengatakan inilah masanya
Tuhan memberikan kita kata hati dan kita berhak untuk mengikutinya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini