7 lamaran secara terbuka yang ditolak

0
43
Sebelum1/8Seterusnya

7 lelaki dapat malu selepas lamaran ditolak

tumblr_mon5kxjudd1rc9s4go1_500

BARANGKALI melamar di tempat awam dianggap satu tindakan romantik kepada sesetengah individu. Lebih-lebih lagi apabila sang jejaka melutut, membuka kotak cincin dan mengucapkan kata-kata keramat: “Sudikah awak mengahwini saya?” Nescaya luluhlah hati si wanita, berjujuran air mata terharu kerana tidak menyangka akan dilamar dalam suasana penuh manis.

Dalam sejarah melamar secara terbuka di Malaysia, mungkin kisah David Tan dan Kelly Tan E Li yang heboh dikatakan pada tahun 2008 adalah cerita lamaran di tempat awam paling seronok untuk dibualkan. David melamar Kelly dengan memasang papan iklan memperlihatkan gambarnya memegang sekotak cincin berserta tulisan “Kelly Tan E Li, Will You Marry Me?” di pinggir jalan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada malam Hari Kekasih (Valentine’s Day).

Papan iklan bernilai RM40,000 bersama sebentuk cincin berlian berharga RM14,000 serta teknik lamaran kreatif David berjaya memancing Kelly untuk bersetuju mengahwininya.

Namun, apa pula yang terjadi kepada mereka yang lamarannya ditolak di tempat awam? Malu bukan? Mungkin ada wajarnya sebelum membulatkan hasrat untuk melamar kekasih anda di khalayak ramai, pertimbangkan jangkaan dan reaksi pasangan anda. Jangan terlalu teruja untuk ‘menghebohkan’ rasa cinta anda sedangkan sebenarnya kekasih anda belum bersedia untuk mengikat hubungan sebagai suami isteri.

Jadi bagi mereka yang memasang angan-angan untuk melakukan lamaran terbuka, Pepatung kongsikan tujuh peristiwa lamaran di khalayak ramai yang memalukan si pelamar (sudah tentu lelaki). Bukan menegah anda memilih cara ini, tetapi sekadar peringatan agar anda mempersiapkan diri sepenuhnya sebelum membuat sebarang keputusan begini.

 

Kredit gif: theknot

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini