15 tanda si dia tidak layak dijadikan teman lelaki, walaupun secara upahan

0
51

ANDA baru sahaja berpacaran dengan seorang lelaki. Dia sangat kacak, berkarisma dan kebanyakan wanita lain cemburu melihat hubungan anda berdua. Mungkin pada anda, dia bakal bergelar teman jiwa sepanjang hayat, namun, sejauh mana anda yakin dengan telahan tersebut?

Sama ada anda baru sahaja berkenalan atau sudah bersama selama beberapa tahun, berikut merupakan 10 tanda si dia tidak layak untuk berkongsi hidup bersama anda:

1) Perlu ikut jadual si dia jika mahu keluar dating
Jika anda perlu mengikut masanya – atas alasan terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan di pejabat – mungkin sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri. Mungkin dia tidak sedar bahawa anda juga seorang wanita bekerjaya yang sibuk dengan tugasan di pejabat.

2) Si dia tidak anggap anda sebagai kawan
Sebagai pasangan kekasih, anda sepatutnya mampu untuk berborak, ketawa dan berkongsi rahsia dengannya. Bukan duduk di meja makan sambil bermain telefon tanpa membutirkan sepatah bicara.

3) Ada sahaja yang tidak kena tentang anda di matanya
Tinggalkan dia dengan kadar segera jika setiap perkara yang anda lakukan tidak setaraf dengan kriteria teman hidup yang dicarinya selama ini. You deserve better gurlll!

4) Dan dia mahu anda berubah menjadi orang lain
Jika teman lelaki anda sentiasa membandingkan anda dengan orang lain, mungkin dia tidak selayaknya untuk anda. Lebih teruk, jika dia bandingkan anda dengan bekas teman wanita atau isterinya. YIKES!

5) Sentiasa mahu berkepit
Mungkin dia tidak ada kehidupan lain selain dengan anda?

6) Si dia selalu pentingkan diri
Jika kerjaya dan cita-citanya selalu datang dahulu berbanding anda, mungkin anda perlu lupakan kehadirannya sebagai seorang teman lelaki. Anda tidak perlu menjadi rakyat kelas bawahan dalam dunia anda sendiri.

7) Tidak pernah mendengar
Bercakap seharian dan berkongsi masalah merupakan perkara mutual dalam perhubungan. Apa ertinya sebuah hubungan jika tiada persefahaman mahupun komunikasi antara dua belah pihak?

8) Si dia tidak berusaha untuk mengenali anda dengan lebih dekat
Anda telah bersamanya lebih tiga bulan tetapi dia langsung tidak tahu makanan kegemaran anda dan dengan siapa anda membesar. Jangan bazirkan masa anda dengannya.

9) Kamu berdua tidak sehaluan dalam menentukan masa depan hubungan
Anda tidak boleh memaksanya untuk berkahwin dengan anda atau menunggunya untuk bersedia ke arah itu. Jika hubungan berbeza arah, mungkin lebih baik anda berdua membawa haluan masing-masing.

10) Si dia sering menghakimi keluarga anda
Jika anda membebel tentang kaum keluarga, tidak mengapa. Semua orang berbuat perkara yang sama. Namun, jika si dia membuat tanggapan membuta tuli tentang cara hidup keluarga anda, mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengakhiri hubungan. Bayangkan jika anda telah berkahwin dan dia terpaksa tinggal sebumbung dengan ibu dan bapa anda. Mimpi buruk bakal terjadi.

11) Keluarga si dia tidak menyukai anda… dan dia tidak berusaha untuk menjernihkan hubungan
Jika keluarga si dia tidak menyenangi kehadiran anda, mungkin mereka benar. Keluar daripada hubungan itu sebelum anda terjerat di kemudian hari.

12) Si dia benci kawan-kawan anda
Dia tidak mempunyai sebarang inisiatif untuk mengenali rakan baik anda. Lebih teruk, jika dia tidak menyukai anda berhubung dengan rakan-rakan yang anda telah kenali sejak zaman universiti. Ya, tak rugi tinggalkan lelaki yang baru anda kenali beberapa bulan berbanding teman rapat yang tahu segala rahsia tentang diri anda.

13) Dan si dia tidak memperkenalkan anda kepada kawan-kawannya
Renjatan kesedaran perlu tercetus dalam kotak fikiran anda sekiranya dia tidak memperkenalkan anda kepada kawan-kawannya sebulan selepas anda berkenalan. Malu mungkin?

14) Si dia cuba menentukan pilihan anda
Adakah si dia sering memesan makanan untuk anda tanpa bertanya terlebih dahulu? Adakah si dia pernah berkata bahawa anda sepatutnya bekerja di syarikat F bukannya C? Anda bekerja keras untuk mendapatkan apa yang anda ada sekarang. Jangan korbankan segalanya hanya untuk seorang lelaki.

15) Si dia mempunyai koleksi bekas teman wanita yang terlalu… BANYAK!
Semua orang mempunyai kisah silam tersendiri dan kita bukan sesiapa untuk menghakimi. Namun, jika si dia kerap bertukar pasangan, mungkin anda boleh bertanya, mengapakah hubungan terdahulu bersama bekas kekasih tidak berjaya. Ia mungkin boleh menjadi petanda untuk anda juga.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini