Cinta & Perhubungan

10 sebab mengapa anda berasa sakit ketika melakukan hubungan seks

By  | 

ADA bermacam-macam istilah untuk kita menggambarkan tentang hubungan seks: mengujakan, mendebarkan, memberi kekuatan, menyeronokkan, seksi dan mungkin mengghairahkan. Namun, tiada satu pun yang menyebut tentang kesakitan. Benar, seks seharusnya menyenang serta memuaskan. Tetapi, jika anda anda gemarkan BDSM, ia mungkin terpesong sedikit daripada tujuan asal artikel ini ditulis.

Jika anda mengalami ketidakselesaan di bahagian sulit ketika melakukan hubungan seks, mungkin terdapat beberapa perkara yang salah anda lakukan ketika sedang mengadakan hubungan intim. Pakar seksologis, Yvonne K. Fulbright ada jawapannya:

1) Kurang menggunakan pelincir
Walaupun alat sulit anda mampu menghasilkan pelincir semulajadi, namun, jika anda kurang menzahirkan rasa ghairah, anda mungkin mengalami masalah kekeringan. Gunakan pelincir.

2) Anda alah pada permainan seks atau produk
Bercakap mengenai pelincir, anda dinasihatkan supaya tidak membeli produk tersebut sewenang-wenangnya di farmasi. Gel pelincir mengandungi bermacam jenis bahan kimia yang mampu mengubah kadar keseimbangan pH di bahagian sulit anda. Begitu juga dengan kondom. Jika anda berasa cetusan iritasi pada bahagian kemaluan ketika melakukan hubungan seks, cuci dengan segera dan cari alternatif lain (mungkin pelincir yang diperbuat daripada bahan semulajadi).

3) Terdapat pertumbuhan jerawat
Kadang-kala, menjalani pembungan rerambut pada bahagian kemaluan dengan menggunaka wax mampu mengundang kehadiran jerawat. Jika anda mengalami masalah ini, pastikan jerawat berkenaan benar-benar kering sebelum melakukan hubungan intim.

4) Adaptasi posisi seks yang salah
Jangan mudah terpengaruh dengan gaya serta posisi yang ditunjukkan dalam buku kama sutra. Benar, mencuba posisi baharu tidak salah, cuma ada beberapa yang tidak sesuai dengan anda dan pasangan.

5) Alat sulit pasangan anda mungkin terlalu… BESAR
Kebanyakan alat sulit lelaki muat untuk disarungkan kondom. Namun, apabila tibanya soal penetrasi, senapang cinta pasangan anda mungkin sukar untuk memasuki tempat yang sepatutnya. Jadi, anda perlu longgarkan otot dengan mencuba posisi seks yang mudah – seperti missionary.

6) Anda baru sahaja melahirkan anak
Libido anda mungkin akan mencanak naik selepas melahirkan anak. Bagus. Cuma anda perlu beringat, bahagian sulit anda telah ‘kembang’ dan ia memerlukan masa untuk kembali ke saiz asal. Kebanyakan doktor mencadangkan empat hingga enam minggu rehat sebelum anda kembali beraksi bersama pasangan. Namun, apa-apa pun, segalanya terletak pada keadaan serta kesihatan anda juga.

7) Anda mengalami serangan penyakit berjangkit (STD/STI)
Jangkitan pada kemaluan dan sekitarnya memang merunsingkan. Justeru, pastikan anda tidak melakukan hubungan seks sebelum anda mendirikan rumah tangga.

8) Anda masih dara
Ia merupakan perkara yang normal bagi si dara berasa sakit saat melakukan hubungan seks kali pertama.

9) Tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang panjang
Ada pelbagai istilah untuk itu: Sex slump, dry spell dan apa sahaja yang anda panggil, ia merupakan perkara yang tidak menyenangkan. Tidak melakukan seks dalam tempoh masa yang panjang bakal memberikan raa sakit jika anda mengulanginya kembali.

10) Tergesa-gesa
Jangan tergopoh-gapah ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan. Terus melakukan pentrasi mampu menyebabkan anda mengalami kerengsaan. Biar lambat, asalkan selamat.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *