10 rahsia yang tidak sepatutnya dirahsiakan daripada teman lelaki

0
24

MELAINKAN anda mahu membeli konsol permainan PS4 untuk ulang tahun kelahiran teman lelaki anda, tiada sebarang rahsia yang perlu disorokkan daripada pengetahuannya. Jika anda menyorokkan sesuatu daripada teman lelaki, pasti masalah besar akan timbul.

Sebagai pasangan, anda perlu mempercayai antara satu dengan lain sepenuhnya. Jika anda mahukan sebuah hubungan yang sihat dan berpanjangan, berikut merupakan 10 rahsia yang tidak sepatutnya dirahsiakan daripada teman lelaki anda:

1) Tanggapan masa depan anda
Jika teman lelaki anda tidak sabar untuk mendapatkan anak walhal anda tidak mahu bergelar ibu, anda perlu berbincang dengannya. Si dia perlu mendengar pendapat anda tentang perkara tersebut.

2) Perkara jengkel yang dia sering lakukan
Anda tidak perlu mengkritik setiap perkara yang anda anggap menjengkelkan. Tetapi, jika anda berasa tidak selesa, lebih baik memberitahunya supaya anda tidak terus menyimpan rasa benci terhadapnya.

3) Alahan atau masalah kesihatan
Jika anda alah pada kekacang, sila jelaskan dengan terperinci agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

4) Hutang anda yang terlalu banyak

02

Selepas berkahwin, pastinya anda mahu membeli aset (rumah, kereta) bersama. Jadi, lebih baik berterus-terang terlebih dahulu sebelum anda mencari rumah yang sesuai untuk didiami.

5) Ada orang cuba menggoda anda
Jika ada sesiapa yang mengajak anda keluar bersiar-siar, dia perlu tahu. Sebab anda juga mahu tahu tentang wanita yang rapat dengannya di pejabat bukan?

6) Bekas teman lelaki anda cuba keep-in-touch
Jangan sesekali berahsia tentang perkara ini. Kami telah beri amaran.

7) Berapa banyak anda berbelanja sebulan
Shopping

Jika anda menghabiskan ribuan ringgit untuk tas tangan berjenama, dia perlu tahu. Walaupun anda tidak berkongsi pendapatan buat masa ini, namun, dia perlu tahu cara anda berbelanja dan menguruskan wang.

8) Pernah melakukan jenayah
Semua orang ada kisah silam dan dia seharusnya tahu daripada mulut anda, bukan daripada orang lain.

9) Anda ada kawan lelaki
Anda sepatutnya tidak melepak dengan lelaki lain di belakangnya. Ceritakan segalanya mengenai rakan-rakan lelaki anda bagi mengelakkan perasaan curiga.

10) Anda meminati Taylor Swift
Taylor

Usah sorokkan perkara yang anda minati. Mana tahu, anda boleh berkongsi minat yang sama?

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini