Cinta & Perhubungan

10 fakta menarik tentang bercium

By  | 

BERCIUM ada banyak cara dan pelbagai panggilan. Tidak kira apa juga cara atau panggilannya, bercium merupakan perkara yang paling manis dan romantik dalam setiap perhubungan.

Melalui ciuman, seseorang individu itu akan rasa lebih dihargai dan diperlukan berbanding pelbagai cara lain. Pakar percaya ciuman boleh menentukan hala tuju sesebuah hubungan itu dan pasangan yang mempunyai teknik bercium yang baik akan mempunyai jangka hayat perhubungan yang lebih lama.

Bibir mulut seseorang individu sebenarnya mempunyai banyak saraf sensitif yang peka terhadap sentuhan. Bercium akan merangsang maklumat dalam neurotransmiter dan hormon dalam badan untuk menghasilkan pelbagai tindakan respons yang dizahirkan menerusi perasaan dan cara kita berfikir.

Berikut disenaraikan 10 fakta menarik yang mungkin kita tidak tahu mengenai bercium:

1 – Bercium boleh menyelamatkan nyawa

Saintis telah membuat perkiraan lelaki yang mencium wanita (isteri) setiap pagi sejurus bangun daripada tidur akan hidup 5 tahun lebih lama berbanding yang tidak mengamalkannya. Bagaimanapun tiada statistik khusus mengenai jangka hayat wanita yang mencium pasangannya namun keputusannya tidak mustahil sama seperti lelaki.

shutterstock_237179245

2 – Seorang individu menghabiskan masa selama dua minggu seumur hidup untuk bercium

Saintis telah membuat perkiraan, seseorang individu menghabiskan masa selama 20,160 minit (2 minggu) sepanjang hayatnya untuk bercium. Dua minggu dalam kehidupan untuk bercium dan berkongsi emosi yang romantik bukannya satu pembaziran!

3 – Ada banyak manfaat kesihatan daripada bercium

Bercium disarankan oleh pakar perubatan untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. Menerusi ciuman, seseorang individu itu boleh membakar sehingga tiga kalori seminit dan proses tersebut mampu merangsang sistem imunisasi yang lebih baik. Doktor percaya bercium boleh mengurangkan kesakitan dan mencegah kaviti dalam mulut.

4 – Bercium menyebabkan masalah komuter di Perancis

Semua mengakui Perancis terkenal dengan ciri-ciri romantisme! Negara cinta itu bagaimanapun sering mengakibatkan masalah kelewatan komuter dalam kalangan penduduk sana terutama pada tahun 1910. Atas masalah itu, kerajaan Perancis pernah menegah pengguna komuter bercium pada awal abad ke-20.

 

5 – Penduduk Ireland percaya pada nasib baik mencium dinding

Di Ireland lebih 400,000 pelancong mencium Blarney Stone setiap tahun. Blarney Stone dipercayai mempunyai legendanya sendiri, yang mana setiap individu yang mencium dinding itu akan memperoleh ganjaran dalam pelbagai bentuk.

Barangkali itu merupakan tempat tarikan pelancong paling tidak bersih di dunia!

blarney-stone

6 – Bercium pernah ditegah dalam undang-undang England

Raja Henry IV pernah menegah amalan bercium di England pada tahun 1439 bagi mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bercium. Bagaimanapun Raja Henry IV disahkan menghidap sakit jiwa pada tahun 1453 akibat kurang kasih sayang dalam hidupnya hingga memaksa isterinya mengambil alih tampuk pemerintahan ketika itu.

7 – Penyelidik percaya teknik bercium datang daripada tikus

Penyelidik percaya bercium itu diturunkan daripada spesis tikus purba dikenali sebagai Eomaia Scansoria. Tikus tersebut akan mencium pasangannya dengan menggeselkan hidung sesama mereka dan menerusi cara itu, tikus akan membebaskan feromon serta sebagai satu tanda kecenderungan seks mereka.

Saintis beranggapan bahawa tikus dan manusia berkongsi genetik hampir sama sejak 75 hingga 125 juta tahun lalu. Erm!

shutterstock_318002339

8 – Bercium menggunakan banyak otot

Apabila anda mencium seseorang anda akan menggunakan 146 otot dalam tubuh badan anda! Otot tersebut merangkumi 34 otot wajah dan 112 otot postur tubuh. Jadi, bercium sangat sesuai untuk mendapatkan tona wajah yang menarik dan tidak perlu lagi pembedahan kosmetik sebenarnya.

9 – Cara bercium sudah azali ditentukan ketika dalam kandungan ibu

Penyelidik mengandaikan dua per tiga individu dalam dunia yang bercium akan mencondongkan kepala ke arah kanan sekali gus percaya bahawa darjah kecondongan itu sudah azalinya tercetus ketika bayi di dalam kandungan ibunya. Apabila kita menyaksikan filem individu bercium, kebanyakan pasangan akan mencondongkan kepala ke arah kanan bukan?

Pakar di Jerman menjalankan kajian ke atas 100 subjek dan menyifatkan pasangan yang bercium dengan postur kepala condong ke kanan bertitik tolak daripada kecondongan kepala ke kanan ketika dalam rahim ibu.

10 – Ciuman hampir diharamkan dalam filem

Hays Code 1930 (Kod Hays) telah mengharamkan pelakon Hollywood mencium pasangan pelakonnya secara horizontal ketika penggambaran dilaksanakan, hal ini bermakna mereka tidak boleh mencium sambil berbaring. Kod yang sama telah mengehadkan cuma 3 saat dibenarkan dalam setiap babak ciuman. Pernah menonton filem Gone With The Wind atau Spider-Man?

Bagaimanapun kod itu telah dibatalkan pada tahun 1960-an.

gwtw-by-theyoungandhungrydotcom

sumber: cosmopolitan.com, yourtango.com

Comments

comments

Selepas lima tahun bersama akhbar berbahasa Melayu tempatan, penulis memanjangkan langkah dalam bidang rekaan fesyen bersama label peribadi. Kecintaan terhadap dunia penulisan dilanjutkan bersama Pepatung berbekalkan pengalaman skop hiburan, pelancongan dan biografi.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *