Video tutorial hijab bawa tuah kepada pemenang Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000

0
38

NURUL Izzati Ibrahim baru berumur 22 tahun. Namun tenaga dan keyakinannya jelas menunjukkan bahawa dia telah berjaya mencapai kejayaan membanggakan pada usia muda.

Penggaya hijab itu tampak begitu teruja ketika berkongsi tentang salah satu hobinya iaitu tutorial gaya berhijab yang dimuat naik di laman YouTube. Akaunnya di YouTube setakat ini telah meraih pengikut melebihi 19,000 orang dengan koleksi videonya ditonton lebih lima juta kali.

Bersandarkan pencapaian Nurul Izzati itu, Sunsilk, salah satu peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita berhijab sebulat suara menamakannya sebagai pemenang hadiah utama bagi pertandingan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000. Kemenangan itu menyaksikan Nurul Izzati berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM20,000.

Sejak 15 tahun lalu, Sunsilk Lively Clean & Fresh terus setia melangkah bersama-sama wanita berhijab di setiap saat mereka menjalani kehidupan, mencipta kisah tersendiri dan merealisasikan inspirasi serta impian mereka.

Tahun lalu, Sunsilk memberi tumpuan kepada wanita-wanita hebat tersebut dengan mengundang mereka untuk berkongsi perjalanan berhijab masing-masing seiring memori yang dicipta bersama Sunsilk.

Pertandingan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 yang berlangsung pada awal tahun lalu menerusi laman Facebook Sunsilk, berjaya meraih hampir 1,000 penyertaan.

“Saya langsung tidak menjangka untuk menang.  Pada suatu hari ketika menyemak peti masuk e-mel, saya diberitahu bahawa saya terpilih sebagai pemenang utama,”  kongsi Nurul Izzati.

Penuntut bidang seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu menambah, minatnya terhadap penggayaan hijab telah menginspirasikannya mencipta akaun sendiri di laman YouTube. Menerusi video-videonya, Nurul Izzati menunjukkan cara-cara menggayakan hijab sama ada untuk gaya harian ataupun ketika menghadiri majlis khas.

2-sunsilk hijab.jpg-c

Apa yang bermula sebagai hobi kini berkembang menjadi satu seni berpanjangan. Malah ramai gadis berhijab di luar sana mula mengikuti gaya Nurul Izzati dan memintanya berkongsi lebih banyak tip mengenai fesyen dan gaya untuk wanita bertudung.

Selain bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang lain, Nurul Izzati juga memberitahu bahawa dorongan dan sokongan positif daripada para penonton banyak membantunya membina keyakinan diri dan memacunya untuk mencapai impian.

Penggaya hijab muda itu juga mampu bermain alat muzik untuk pementasan orkestra di sekolah dan terlibat secara aktif dalam komuniti penggiat seni tempatan. Dia berhasrat untuk bergelar seorang pereka seni yang berjaya suatu hari nanti.

Sebagai seorang pelajar seni bina, menghasilkan lakaran merupakan sebahagian daripada rutin harian Nurul Izzati.  Mungkin itu sebabnya, apabila ditanya apakah perancangannya terhadap hadiah wang tunai yang dimenanginya, dia menyatakan bahawa salah satu daripadanya adalah untuk menderma kepada KL Sketch Nation.

Ia merupakan satu komuniti yang menempatkan pencinta seni lakaran yang sentiasa berusaha memberikan inspirasi kepada orang lain melalui seni lakaran.

Komuniti itu yang juga menjadi sebahagian daripada Nurul Izzati sering menganjurkan sketch walks apabila mereka mengunjungi mercu-mercu tanda di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Mereka kemudiannya akan menjelmakan suasana kehidupan di bandar lengkap dengan karakter-karakter segenap lapisan masyarakat melalui seni lakaran.

Sementara itu, Pengurus Jenama Total Hair bagi Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Phoenix Ho berkata: “Kami berhasrat untuk memperkasakan semua wanita berhijab di Malaysia dengan menerapkan keyakinan dalam diri mereka untuk merebut peluang dalam kehidupan.

“Justeru, kami mencipta sebuah platform bagi meraikan dan mendengar kisah mereka dalam menggapai impian, inspirasi dan menangani cabaran yang dihadapi.

“Sukar bagi kami menentukan pemenangnya kerana banyak penyertaan yang diterima benar-benar memberi inspirasi. Bagaimanapun, kisah Nurul ternyata mengungguli peserta lain.

“Dia adalah perlambangan penggaya hijab Sunsilk yang sebenar kerana berjaya mengawal dan melakar kejayaan tersendiri serta sentiasa berinspirasi untuk meraih lebih banyak pencapaian dalam kehidupan, sekali gus menjadi sumber inspirasi sejati kepada orang lain.”

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini