Buletin

Tunjuk ‘belang’ dengan stoking Ronald McDonald

By  | 

MCDONALD’S Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai kempen ‘Show Your Stripes’ demi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik menerusi organisasi Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia.

RMHC, McDonald's and SCSOA.jpg-c

Dilancarkan sempena sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 7 November lalu, kempen ini membolehkan rakyat Malaysia menderma dengan membeli sepasang stoking ikonik Ronald McDonald di semua restoran McDonald’s.

Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar menyatakan tema kempen – #DemiRMHC – I’m For The Kids – bermatlamat mengukuhkan lagi komitmen McDonald’s untuk membantu masyarakat dengan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“RMHC adalah badan kebajikan pilihan McDonald’s selama 25 tahun dan kami amat menghormati peranannya di Malaysia. Kami juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong RMHC dalam memperkayakan kehidupan kanak-kanak.

“Menerusi kempen ini, kami berharap untuk mengumpul dana sebanyak setengah juta ringgit bagi menyokong pelbagai inisiatif RMHC yang telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik,” ujar Azmir.

Ditubuhkan di Malaysia pada 1990, RMHC adalah sebuah badan kebajikan yang mengendalikan empat program utama iaitu Ronald McDonald House, Ronald McDonald Gift of Smile, Bilik Sensori Ronald McDonald dan program Biasiswa Ronald McDonald.

Ronald McDonald House menyediakan tempat tinggal untuk keluarga kanak-kanak yang menerima rawatan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia atau hospital awam yang lain di Lembah Klang.

Ronald McDonald Gift of Smile‘ pula membiayai kos rawatan dan pembedahan untuk kanak-kanak yang lahir dengan masalah sumbing bibir dan lelangit. Bilik Sensori Ronald McDonald adalah satu kemudahan yang menyokong perkembangan mental kanak-kanak berkeperluan khas, manakala program Biasiswa Ronald McDonald menyediakan bantuan kewangan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dari keluarga berpendapatan rendah.

FOTO: MYMCD

“Kami bersyukur kepada rakyat Malaysia yang sekian lama bermurah hati menyokong program-program yang dikendalikan oleh RMHC.

“Sejak tahun 1990, sebanyak RM14 juta telah disalurkan untuk membantu kanak-kanak dari segi kesihatan, pendidikan dan kebajikan. Kami berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong dan prihatin dalam membantu lebih ramai kanak-kanak dan keluarga yang memerlukannya,” jelas Presiden RMHC, Victor Sim.

Kempen ‘Show Your Stripes, #DemiRMHC – I’m For The Kids’ dilancarkan di seluruh negara bermula 7 November. Anda boleh menyokong kempen ini dengan membeli sepasang stoking pada harga RM10 di semua restoran McDonald’s.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Show Your Stripes, #DemiRMHC’, layari laman web http://www.rmhc.org.my/ atau http://www.mcdonalds.com.my/.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *