SuperBowl LII: Persembahan Justin Timberlake diselar peminat Prince

0
292

JUSTIN Timberlake memukau jutaan penonton SuperBowl LII yang berlangsung pada 4 Februari 2018, menyaksikan perlawanan antara The Eagles Philadelphia dan New England Patriots di U.S Bank Stadium, Minneapolis, Minnesota.

Persembahan separuh masa yang menjadi tradisi perlawanan SuperBowl itu merupakan penglibatan ketiga Timberlake selepas 2001 bersama ‘N Sync dan pada 2004 bersama Janet Jackson.

Mempersembahkan 11 lagu hit beliau termasuk lagu baru daripada album Man of The Woods yang dilancarkan pada 2 Februari lalu, permulaan persembahan selama 13 minit itu menampilkan Timberlake menari di hadapan sekumpulan peminat di belakang pentas sambil menyanyikan lagu Filthy.

Beliau kemudiannya berjalan meneruskan persembahan sehingga ke pentas utama untuk menyanyikan lagu tribute kepada mendiang penyanyi legenda pop Prince.

Antara lagu yang dipersembahkan oleh Timberlake malam tadi adalah:

  • Filthy
  • Rock Your Body
  • Senorita
  • SexyBack
  • Cry Me a River
  • Suit & Tie (feat the University of Minnesota Marching Band)
  • Until the End of Time
  • I would die 4 U (Tribute kepada Prince)
  • Mirrors
  • Can’t Stop the Feeling!

Susulan persembahan tersebut, banyak respons positif, tetapi begitu juga komen perbadingan mutu persembahan Timberlake dan Lady Gaga tahun lalu.

Manakala di Twitter, ramai peminat Prince merasakan persembahan tribute Timberlake kepada Legenda yang berasal dari Minnesota itu mengecewakan hasil daripada penggunaan hologram yang tidak pernah dipersetujui Prince dan menganggap ia bagaikan ‘pemujaan syaitan’.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini