Buletin

Shopping baju raya Anzalna dan Mira Filzah di Shopee

By  | 

BERSEMPENA sambutan Aidilfitri, dua selebriti tempatan; Mira Filzah dan Anzalna Nasir telah melancarkan produk mereka di aplikasi e-dagang Shopee yang merupakan rangkaian e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan.

Anzalna yang juga duta jenama pakaian YouMe & Hunny, melancarkan 12 koleksi Aidilfitri yang mengetengahkan ciri-ciri berani dan feminin.

Menurut Anzalna, menerusi Shopee, dia mampu menyasarkan kepada lebih tiga juta pengguna aplikasi tersebut. Malah, Shopee juga tidak meraih sebarang komisen, membolehkan penjimatan yang terbaik diberikan kepada pelanggan.

Pemilik jenama MF Shawls, Mira Filzah pula menyatakan keterujaannya kerana berpeluang bekerjasama dengan Shopee bagi memberi nilai tambah kepada pembeli barangannya.

Pembelian menerusi Shopee membolehkan pelanggan yang membeli barangannya menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara.

Mira Filzah turut gembira dengan inisiatif Shopee dalam membantu mengembangkan rangkaian produk muslimah di seluruh rantau ini.

Sementara itu, Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2017. Pelanggan juga dapat menikmati kempen ‘Last Minute Raya Sale’ bermula 15 Jun sehingga 18 jun 2017 dengan diskaun sehingga 90 peratus bagi semua kategori produk.

Layari Kedai Rasmi Anzalna Nasir dan Mira Filzah di aplikasi Shopee di www.shopee.com.my/anzalnanasir dan www.shopee.com.my/mirafilzahofficial.

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *