Semangat harimau bersama minuman tenaga Ranger

0
19

BAGI mengatasi setiap halangan dengan mantap dan dinamik, anda memerlukan tenaga. Berbekalkan tenaga yang mencukupi, anda akan sentiasa bersedia menggapai apa jua matlamat. Justeru, minuman tenaga baharu daripada F&N, Ranger dicipta bagi menyediakan anda dengan tenaga optimum. Mengandungi gabungan ramuan untuk meningkatkan tenaga, ia bukan sahaja mampu meningkatkan tenaga fizikal, malah menggandakan kecerdasan minda dan kadar metabolisme diri.

Ranger amat sesuai diminum ketika bekerja ataupun sewaktu memandu terutama yang melibatkan pemanduan jarak jauh kerana ia memberikan anda daya tumpuan yang tinggi. Imej harimau yang unik pada tinnya pula melambangkan kekuatan fizikal dan naluri kegagahan seorang wira dalam diri setiap jejaka.

Minuman ini mengandungi taurina dan kafein bagi membantu anda kekal fokus dalam menghadapi cabaran hidup dan menempuhnya dengan berani. Diperkaya dengan nutrien seperti Vitamin B3 dan B6 yang membantu melepaskan tenaga dalam proses pemakanan badan kita, Ranger juga adalah satu-satunya minuman tenaga dalam pasaran Malaysia yang mengandungi Vitamin C. Kini, dengan adanya Ranger dalam rangkaian produk F&N, ia berhasrat untuk menyediakan warga Malaysia dengan meningkatkan tenaga bagi menjangkau potensi individu tersebut untuk mencapai kejayaan.

Photo 4-c

“Bagi kebanyakan orang yang ingin mencapai lebih lagi dalam kehidupan, mereka memerlukan tenaga dan kekuatan mental serta fizikal. Apabila mereka kekurangan tenaga, mereka mungkin kurang berupaya untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, Ranger dapat memberi rakyat Malaysia ‘dorongan’ yang diperlukan, memacu mereka untuk menghadapi cabaran sepenuh hati dalam setiap perkara yang dilakukan,” ujar Ketua Pemasaran Jenama, F&N Beverages Sdn Bhd, Jenny Wong.

Apabila anda berasa letih, minumlah Ranger bagi merangsangkan tahap fizikal dan mental anda. Laksanakan tugasan anda bersama Ranger yang melahirkan naluri pejuang sebenar dari dalam anda. Minuman tenaga Ranger kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia. Layari laman Facebook Ranger Malaysia di https://www.facebook.com/rangermalaysia/ untuk maklumat lanjut.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini