Perhimpunan terbesar jenama lokal di Tempatan Fest-10 [TFX]

0
116

TEMPATAN Fest kembali lagi untuk kali ke-10! Kali ini, penganjurannya lebih meriah dengan penglibatan kira-kira 160 jenama tempatan (fesyen, makanan/minuman dan pelbagai item unik). Menggunakan nama TFX yang meminjam angka rumi X (roman numeral) yang mewakili nombor 10, acara ini turut menyaksikan kerjasama kali pertama Tempatan Fest dan Propaganda Fest.

Pengasas Tempatan Fest, Mohd. Nasir Abdul Rashid ketika dihubungi Pepatung menjelaskan, TFX akan menjadi acara tahunan (setahun sekali) dengan penambahbaikan yang tidak dijangka pengunjung. Sejak dimulakan dua tahun lalu, bazar yang menghimpunkan jenama tempatan itu banyak membantu memuncakkan identiti fesyen jalanan tanah air ke peringkat membanggakan.

TFX pertama ini akan terus menyaksikan penyertaan jenama-jenama gergasi lokal seperti Abstrax, 27 Legacy Tie & Dye (27 Legacy) dan Wolfgang. Tambah mengujakan, majoriti jenama yang terlibat akan mengadakan jualan murah dengan potongan harga ke atas barangan-barangan lama (stock clearance).

3-tfx

“Selain dapat membeli baju-T dengan potongan harga sehingga 60 peratus, tarikan gerai kami di TFX semestinya tertumpu kepada jersi Masterpiece yang mendapat perhatian ramai,” kongsi pengasas Abstrax, Mohd. Fahmi Mohammad Fabilah kepada Pepatung.

Jenama pakaian milik kolumnis Pepatung, Karl Shafek Ibrahim (Kompas Karl Shafek) iaitu Neonate juga akan berada di TFX pada 27 (Sabtu) dan 28 Disember (Ahad) ini.

4-tfx

Sebanyak 10 jenama makanan dan minuman (Food & Beverage) tempatan turut menyertai TFX kali ini termasuk OMG Kuala Lumpur dan Hello Soda. Radhi-O (OAG) juga disenaraikan sebagai barisan penghibur bersama-sama demonstrasi parkour dan tricking (gimnastik) sepanjang acara dua hari itu berlangsung.

Butiran TFX adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 dan 28 Disember 2014
Waktu: 10 pagi hingga 10 malam
Lokasi: Pekarangan (courtyard) Stadium Malawati, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

 

Kredit foto: Tempatan Fest/Abstrax/Hello Soda

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini