Buletin

Pencarian gadis Kecapi Impianku Bersama Sunsilk

By  | 

SETIAP wanita muda yang berhijab mempunyai impian seperti wanita lain – cita-cita untuk dicapai dan kisah untuk diceritakan. Sunsilk sentiasa komited dalam memperkasakan wanita berhijab agar mampu mencapai impian dan berkongsi kisah mereka.

Tahun ini, Sunsilk bekerjasama dengan Astro untuk menyediakan platform kepada wanita berhijab yang bercita-cita merealisasikan impian mereka menerui kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk.

Banyak cerita unik dan berinspirasi tentang wanita berhijab yang masih belum dikongsikan. Melalui kempen ini, Sunsilk melangkah setapak ke hadapan dengan berkongsi kisah kejayaan tiga model peranan – penyanyi; Najwa Latif, pengarah, Melissa Saila dan wartawan penyiaran Khairunnisa Kasnoon.

Ketiga-tiganya berkongsi kisah inspirasi kepada wanita muda berhijab dalam membimbing mereka ke arah sewajarnya. Setiap model peranan akan membimbing seorang anak didik muda untuk dimentor dalam industri masing-masing.

Kerjasama dengan Astro ini akan menampilkan tiga orang wanita berhijab dalam memulakan perjalanan yang mengubah hidup mereka. Najwa membimbing anak didiknya dalam bidang muzik, Melissa dalam cabang seni lakonan manakala Khairunnisa dalam dunia penyiaran.

Calon-calon mesti menunjukkan kesungguhan dalam mencapai cita-cita dalam ketiga-tiga bidang tersebut. Ketiga-tiga peserta akhir yang terpilih tidak akan bersaing, sebaliknya akan menimba pengalaman untuk belajar daripada mentor yang dilantik.

Image 1.jpg-c

Perjalanan anak-anak didik muda tersebut bersama mentor mereka akan didokumentasikan dalam siri episod pendek. Setiap episod akan memaparkan pengalaman sesi pembelajaran mereka. Siri ini mengandungi 10 episod dan akan ditayangkan di Astro hlive! serta dimuat naik di laman web Astro Gempak.

Episod Kecapi Impianku Bersama Sunsilk akan disiarkan sebagai segmen khas lima minit di hlive! pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat pada pukul 8.30 malam bermula 14 Oktober 2015 secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Awani (saluran 501).

Sekiranya anda yakin bahawa andalah gadis berhijab berbakat dalam salah satu bidang (muzik, filem dan kewartawanan) yang ditetapkan, jangan lepaskan peluang bagi merebut tempat dalam saingan mengujakan ini.

Pencarian telah pun bermula pada 11 Ogos lalu dan akan ditutup pada 6 September 2015. Calon mestilah berumur 18 hingga 29 tahun dan hantarkan penyertaan menerusi laman web Astro Gempak.

Penyertaan juga akan diterima sepanjang siri jelajah Kecapi Impianku Bersama Sunsilk. Terdapat dua lokasi jelajah dan para calon dapat bertemu bakal mentor mereka secara langsung:

1) Setia City Mall: 22 Ogos 2015 (5pm – 6pm)
2) Putrajaya Allamanda Mall: 29 Ogos 2015 (5pm – 6pm)

Maklumat lanjut boleh didapati di astrogempak.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

2 Comments

  1. yulia rahmi

    4 September 2015 at 4:35 PM

    Berhijab bersama sunsilk membuat sy nyaman selesa n happy sepanjang hari.serlahkan style Ku bersama sunsilk..

  2. sabree hussin

    18 September 2015 at 7:13 AM

    Berhijab pun sebenarnya boleh pergi jauh asalkan ada bakat

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *