Peluang sertai cycleton 30km di Putrajaya!

0
9

PERHATIAN kepada semua pencinta sukan berbasikal dan aktiviti kecergasan. Sertai kayuhan amal (cycleton) 30 kilometer (km) di Taman Botanic, Putrajaya pada 18 Mac 2017.

Acara sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2017 itu merupakan anjuran bersama Persatuan Nefrologi Malaysia, Kementerian Kesihatan, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan kepulangan 30 penunggang basikal yang telah memulakan kayuhan dari Kangar, Perlis, sebagai satu bentuk sokongan terhadap gaya hidup yang sihat serta menangani masalah obesiti menerusi aktiviti fizikal.

Dengan yuran penyertaan berharga RM50, anda akan menerima baju-T percuma, medal penghargaan (sekiranya menamatkan kayuhan) dan pastinya tubuh yang cergas!

Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk semua pengunjung seperti senamrobik / zumba, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, tarian CPR, pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nkf.org.my

KONGSI
Artikel sebelumnyaBangkok kekal destinasi paling ramai dilawati rakyat Malaysia
Artikel seterusnyaIdealistik Wanpa Bridal 2017
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini