Buletin

Peluang beramah mesra bersama Scha Alyahya & Lara Alana

By  | 

SERTAI peraduan mudah bersama Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) dan anda berpeluang untuk bertemu serta beramah mesra bersama Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana pada satu majlis jamuan teh kelak.

Dutch Lady Mak Kata Key Visual.jpg-c

Peraduan menerusi kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” tersebut turut menyediakan hadiah wang tunai RM50 untuk 250 peserta pertama yang akan diumumkan setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.

Cara penyertaan adalah seperti berikut:

1) Beli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA* (650g atau 900g).
2) Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my).
3) Masukkan petikan “Mak Kata” kegemaran anda dan muat naik gambar saat-saat pintar si manja anda.
4) Klik ‘HANTAR’!

Peraduan telah bermula sejak 1 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga 30 September depan.

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, Dutch Lady 4-tahap Nutri Planˇ dengan 5X DHA* adalah satu program nutrisi yang menyeluruh khas untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun dan ke atas bagi menyokong tahap kebijaksanaan dan pembelajaran kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dan butiran peraduan, layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia di https://www.smartmoments.com.my.

 

*Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Year 2009)

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *