Peluang bakat seni lukis jalanan lokal terbang ke Australia

0
10

PERHATIAN kepada semua pelukis jalanan profesional dan bakat baharu tempatan. Visit Victoria (VV) dan Galeri Beli-Belah Publika memberi peluang kepada anda untuk menyertai pertandingan Seni Jalanan (street art).

Bertemakan ‘Mark Your Mark in Melbourne’, rakyat Malaysia yang berbakat dalam seni lukis jalanan berusia 21 tahun ke atas dijemput untuk bertanding bagi merebut peluang berkolaborasi bersama pelukis ternama antarabangsa di Melbourne, Australia.

Pemenang bakal bekerjasama dengan pengasas Juddy Roller Studios di Fitzroy, Shaun Hossack, sekali gus menyumbangkan karya yang dihasilkan sempena Festival Benalla Wall to Wall 2018. Ia merupakan satu-satunya festival seni jalanan seumpamanya di Australia.

Festival tahunan itu telah menghimpunkan ramai bakat Australia dan antarabangsa seperti Rone, Adnate, Askew, Ears, Choq, Shawn Lu, Putos, Slicer, Rashe, Sirum, Kit Ritz, Guido Van Helton, Dvate, 23rd Key dan Deams.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, hantarkan karya asli dalam format digital berdasarkan tema yang ditetapkan dengan memaparkan salah satu atau gabungan elemen berkaitan Melbourne; makanan dan minuman, seni bina, seni dan budaya serta peristiwa dan alam semula jadi.

Penyertaan perlu dihantar ke www.makeyourmarkinmelbourne.com selewat-lewatnya pada 7 April 2017 (Jumaat), pukul 5 petang. Pastikan anda melampirkan bersama deskripsi karya dalam ayat yang tidak melebihi 50 patah perkataan.

Seramai 10 peserta akan disenarai pendek dan dijemput ke Publika bagi mempamerkan bakat artistik dengan menghasilkan karya masing-masing secara langsung. Hasil kerja mereka tidak hanya akan dipamerkan untuk tontonan awam, malah orang ramai turut memainkan peranan dalam menentukan pemenang utama menerusi undian.

Bagaimanapun, keputusan akhir masih terletak di bawah kuasa barisan juri yang dilantik oleh VV.

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat pertandingan, layari www.makeyourmarkinmelbourne.com atau https://www.facebook.com/visitmelbourne.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini