Peluang akhir rebut ganjaran RM527 daripada Digi dengan pembelian Samsung Galaxy S8

0
9

BAGI anda yang sedang berkira-kira untuk menukar telefon pintar atau mahu membeli Samsung Galaxy S8 atau S8+, esok bolehlah segera ke salah sebuah cawangan Digi Telecommunications Sdn. Bhd.

Pelanggan yang membeli model Samsung tersebut akan menikmati ganjaran bernilai RM527 daripada Digi. Ganjaran itu meliputi wireless charger stand bernilai RM279 dan waranti lanjutan termasuklah waranti skrin retak selama setahun bernilai RM248.

Esok (7 Mei 2017) merupakan peluang terakhir anda untuk merebut ganjaran hebat tersebut.

Generasi terkini Samsung tersebut menyerlahkan nilai premium sebuah telefon pintar yang menerima banyak maklum balas positif khususnya dari segi rekaan perkakasan, kualiti kamera dan prestasi fungsinya.

Pelanggan juga dapat menikmati kesemua ciri hebat Samsung Galaxy S8 dan S8+ bersama jaringan 4G LTE termaju di Malaysia dengan rangkaian luas LTE-A dan Voice-over-LTE (VoLTE) di semua lokasi 4G.

Pembelian ditawarkan dengan pilihan pelan Digi Postpaid 78, 108 atau 138. Pelanggan juga boleh mendapatkan telefon pintar tersebut menerusi laman web digi.my.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini