Buletin

[email protected] sempena merdeka

By  | 

ERTI sebuah kebebasan merupakan satu mercu tanda sebenar bagi memahami apakah maksud di sebalik nama ‘Merdeka’. Sempena menyambut kedatangan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-58, perkhidmatan penstriman digital di bawah naugan Astro Radio, RAKU akan bekerjasama dengan pihak DiGi bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara untuk beraksi secara langsung di seluruh Malaysia demi menyemarakkan lagi pentas [email protected] Tour 2015.

Menerusi kempen tersebut, sepuluh pemuzik tanahair bakal membuat persembahan di empat lokasi Kafe Hard Rock pada setiap hari Ahad sepanjang bulan Ogos dan minggu pertama bulan September.

Lokasi-lokasi yang terlibat adalah Kafe Hard Rock Melaka (9 Ogos), Kafe Hard Pulau Pinang (16 Ogos), Kafe Hard Rock Sabah (16 Ogos) dan Kafe Hard Kuala Lumpur (6 September).

Bil Musa

Barisan artis yang akan membuat persembahan termasuklah, kumpulan Bittersweet, Massacre Conspiracy, Tres Empre, Love Me Butch, Plague of Happiness dan kumpulan ‘Rap & Rock’ Dragon Red. Selain itu, kumpulan seperti Pretty Ugly, Bil Musa, Hazama dan Misgiven turut terlibat dalam persembahan ini.

Bittersweet

Kepada mereka yang tidak dapat meluangkan masa untuk menyaksikan persembahan artis- artis kegemaran, mereka masih boleh menikmati persembahan tersebut secara langsung dengan membuka aliran [email protected] Tour ‘live’ di aplikasi RAKU (www.raku.my).

 

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *