Monyet jadi hero selamatkan nyawa kawannya

0
23

SEEKOR monyet menjadi hero selepas berjaya menyelamatkan nyawa rakannya yang terkena renjatan elektrik. Kejadian yang berlaku di stesen kereta api di bandar Kanpur yang terletak di utara India itu menarik perhatian ramai penumpang kereta api yang berdiri di sepanjang platform stesen tersebut.

Dikhabarkan, seekor monyet terkena renjatan elektrik ketika memanjat kabel di atas landasan kereta api itu. Akibatnya, ia jatuh tidak sedarkan diri dan salah seekor daripada rakannya cuba membantu menyelamatkannya dengan cara menggigit bahagian tengkuk dan kepala, menggoncangkan tubuh dan akhir sekali merendamkannya ke dalam kolam air bersebelahan landasan.

Selepas berusaha selama 20 minit, monyet malang itu perlahan-lahan membuka matanya dan kemudiannya diangkat monyet penyelamat itu ke kawasan selamat sebelum kereta api meluncur laju merentasi landasan tersebut.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini