Peluang Menangi Kereta Bersama L’oreal Paris

0
18

Photo 1 - Key Visual

MEREKA yang berangan-angan untuk memenangi sebuah kereta bernilai lebih RM100,000 bolehlah berusaha menjelmakan impian itu dengan menyertai peraduan Beauty Countdown anjuran L’oreal Paris. Kempen yang bermula pada 1 November itu akan berlanjutan sehingga 31 Disember depan.

Sepanjang tempoh tersebut, mana-mana pembelian produk L’oreal Paris anda akan dikumpulkan bagi meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah mingguan dan sudah tentu, ganjaran utama beruapa sebuah kereta! Individu dengan jumlah belian terkumpul tertinggi menjelang hujung bulan ini akan dinobatkan selaku pemenang utama.

Selain itu, anda turut berpeluang merebut tiga hadiah harian berupa hamper L’oreal Paris bernilai RM100. Individu dengan nilai pembelian mingguan tertinggi pula bakal membawa pulang hadiah lebih istimewa termasuk barang kemas daripada Poh Kong, iPad Mini, peralatan dapur dan pemerah jus.

Photo 4 - L'Oreal Paris Products

Bagi menyertai peraduan Beauty Countdown, anda hanya perlu mengikuti empat langkah mudah di bawah:

  1. Berbelanja lebih daripada RM20 ke atas mana-mana produk L’Oreal Paris
  2. Muat naik gambar resit anda di LorealBeautyCountdown
  3. Jawab satu soalan mudah
  4. Berbelanja lebih lagi bagi meningkatkan peluang anda untuk menang!

Tunggu apa lagi? Segeralah membeli mana-mana produk L’oreal Paris dan siapa tahu, mungkin tuah anda memacu kereta baharu sempena Tahun Baharu 2015. Bagi keterangan lanjut berkenaan peraduan ini, sila kunjungi LorealBeautyCountdown .

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini