Buletin

Menangi kamera RM3,000 menerusi peraduan Sunsilk Selfie Movie

By  | 

SUNSILK mengajak wanita di luar sana menyertai kempen Sunsilk Selfie Movie bertemakan ‘Selfie Ready Hair, Anytime, Anywhere.’ Menerusi peraduan ini, anda dapat menonjolkan rambut menawan yang sentiasa dalam keadaan rapi untuk dirakamkan dalam bentuk foto selfie.

2-sunsilk selfie

Bagaimana mahu menyertai peraduan menarik ini? Hanya ikuti langkah-langkah mudah di bawah.

1) Layari www.sunsilkmalaysia.my/selfiemovie
2) Muat naik selfie anda

Sekiranya anda mahu menghantar lebih daripada satu penyertaan, ikuti pula langkah tambahan berikut:

1) Beli mana-mana produk Sunsilk bernilai RM15 ke atas (termasuk produk daripada rangkaian Sunsilk Smooth & Managable) di Watsons atau Tesco
2) Menerusi bukti pembelian (resit), anda layak untuk memuat naik empat selfie atau wefie (berkumpulan)

Peraduan ini telah pun berlangsung bermula 3 Mac lalu dan berlanjutan sehingga 3 Mei 2015. Seramai 10 pemenang bertuah akan memenangi hadiah berupa kamera selfie bernilai RM3,000. Layari laman web Sunsilk Malaysia untuk keterangan lanjut.

Sementara itu, bagi yang kurang mengenali Sunsilk Smooth & Managable, ia merupakan rangkaian yang terdiri daripada syampu, perapi, krim rawatan dan krim tanpa bilas. Kandungan Keratin Yoghurt Nutri ComplexTM yang digunakan direka khas bagi menjadikan rambut lebih terurus dan mengurangkan geseran antara helaian rambut sekali gus menambahkan kelembutan.

Gabungan lima jenis minyak semula jadi yang terdiri daripada minyak kelapa, badam, jojoba, zaitun dan argan turut menjadikan rangkaian ini istimewa berbanding formulasi minyak mono biasa. Minyak argan digunakan bagi membantu melembapkan rambut dengan meresap ke dalam serat rambut sekali gus menambahkan kelembutan serta memperbaiki kerosakan rambut dari dalam.

Minyak kelapa pula membantu menyuburkan rambut manakala minyak badam berfungsi sebagai penganjal rambut. Bentuk rambut kemudiannya dikekalkan oleh minyak jojoba dan dibantu minyak zaitun yang memastikan kelembutan dan kelicinan rambut mudah diuruskan.

Kredit foto: Sunsilk Malaysia

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *