McDonald’s lancar Program Happy Meal Book

0
6

SEBAGAI inisiatif penggalakan budaya membaca dalam institusi kekeluargaan, McDonald’s (McD) telah melancarkan Program Happy Meal Book. Program yang menerima sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Sri Rohani Abdul Karim.

2-mcd happy meal

Bersempena program tersebut, beberapa cawangan restoran McD terpilih di seluruh negara akan menganjurkan aktiviti-aktiviti berorientasikan kekeluargaan. Antara pengisian aktiviti termasuklah pertandingan bercerita, Sesi Bercerita (Book Time) bersama maskot McD, Ronald McDonald dan peluang beramah mesra bersama barisan penulis berbakat tempatan.

3-mcd happy meal

Menerusi slot bersama penulis-penulis tanah air, pengunjung tidak hanya berpeluang mendengar cerita-cerita berinspirasi yang disampaikan mereka, malah menerima autograf istimewa daripada mereka. Program tersebut juga bertujuan memberikan platform kepada bakat-bakat penulisan tempatan bagi berkongsi kreativiti masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook McDonald’s Malaysia.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini