Knorr gempur misi cegah kebuluran

0
7

BERSEMPENA World Food Day pada Oktober tahun lalu, Knorr telah menganjurkan Knorr Festival of Flavours di pasar raya Giant, Batu Caves, Selangor. Acara tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan dan merupakan sebahagian daripada misi menamatkan kebuluran.

Keseluruhan 100 peratus hasil jualan makanan di festival itu telah disumbangkan kepada Stop Hunger Now Malaysia, sebuah pertubuhan amal bukan keuntungan yang berusaha untuk mengekang masalah kelaparan.

Setiap kupon makanan yang dibeli semasa Knorr Festival of Flavours adalah bersamaan dengan 10 hidangan berkhasiat yang akan disumbangkan kepada rakyat Malaysia yang kekurangan makanan dan khasiat.

Selain menyediakan pemakanan yang berkhasiat, inisiatif tersebut juga menjadi insentif agar rakyat Malaysia bersatu sebagai sebuah masyarakat dan mengubah hidangan lazat yang disediakan semasa festival menjadi sesuatu yang bermakna kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Knorr Festival of Flavours menyaksikan rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk bersama-sama membantu memberikan makanan yang berkhasiat kepada mereka yang memerlukan.

“Kami percaya bahawa semua orang harus mempunyai akses kepada makanan yang berkhasiat. Namun realitinya, satu daripada empat orang di dunia ini masih tidak mendapat khasiat sewajarnya diperlukan bagi menjalani kehidupan sihat.

“Usaha kami bersama Stop Hunger Now Malaysia akan membantu membawa perubahan positif dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati makanan berkhasiat serta berperisa yang boleh membantu mereka mencapai potensi diri yang sepenuhnya.

“Kami berharap agar Festival of Flavours ini dapat menjadi permulaan positif ke arah perubahan dalam usaha mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kelaparan,” ujar Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Vincent Chong.

Knorr sentiasa komited membawa perisa kepada kehidupan – sama ada menerusi makanan yang lazat atau memastikan hanya makanan berkhasiat yang akan dinikmati semua.

Knorr Festival of Flavours menyediakan pelbagai pilihan hidangan yang lazat kepada para pengunjung seperti sup ayam, sup seafood, kari ayam, ayam masak lemak cili api dan sayur campur.

Dimasak menggunakan bahan mentah yang diadun bersama pelbagai produk Knorr seperti kiub ayam dan Knorr Pasti Sedap, makanan yang dihidangkan adalah mudah untuk disediakan namun tetap berperisa. Ia sejajar dengan falsafah pegangan Knorr di mana makanan harian boleh dan patut dihidangkan selazat makanan yang disediakan untuk majlis-majlis istimewa.

Mereka yang hadir di festival itu juga berpeluang bertemu dengan Jasbir Kaur, peserta MasterChef Asia dari Malaysia yang tampil untuk berkongsi beberapa petua serta rahsia masakan beliau. Jasbir turut meluangkan masa bersama peminatnya di festival tersebut dengan bertukar-tukar petua menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat.

Knorr merupakan penaja MasterChef Asia, rancangan bersiri TV yang kini disiarkan hanya melalui Lifetime, Astro Saluran 709.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/KnorrMalaysia.

KONGSI
Artikel sebelumnyaAyam kicap meletup KFC kembali!
Artikel seterusnyaSusahnya hasilkan kostum Bajirao Mastani

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini