Kempen #StayBeautiful P&G hargai para ibu

0
22

IBU ialah ratu hati semua individu yang bergelar anak. Tugas seorang ibu memang memenatkan dan setiap hari mereka perlu menguruskan keluarga; memasak, mengemas rumah, membasuh, menjemur, melipat dan menggosok pakaian, membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah serta melayan setiap kehendak ahli keluarga.

Belum lagi mengambil kira ibu berkerjaya, semestinya mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga dan memanjakan diri. Akibatnya, ia memberi kesan negatif terhadap emosi dan keyakinan diri untuk satu jangka panjang.

Seorang ibu juga manusia biasa, mempunyai kehendak dan keperluan bagi melapangkan waktu untuk dirinya sendiri. Bagi menghargai pengorbanan dan penat lelah ibu-ibu di luar sana, P&G bersama barisan produknya melancarkan kempen #StayBeautiful bertujuan meraikan para ibu sebagai satu galakan untuk mereka kekal jelita.

Bermula sekarang sehingga 31 Disember ini, individu yang membeli mana-mana syampu atau perapi (conditioner) Pantene atau Head & Shoulders bernilai RM40 ke atas berpeluang untuk menyertai kempen ini. Pembelian yang boleh  dibuat di kedai atau peruncit terpilih itu akan membuka peluang anda untuk memenangi skarf dUCK eksklusif daripada Pengarah Urusan Fashion Valet, Vivy Yusof secara percuma.

vivy

Selain itu, P&G turut menjalankan peraduan #StayBeautifulMom yang menawarkan 50 skarf jersi berkait Vivy Yusof daripada Koleksi dUCK Premium Basics dengan setiap satu daripadanya bernilai RM120.

Bagi menyertai kempen dan peraduan ini, anda hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti di bawah:

Langkah 1: Muat naik gambar anda dan ibu anda ketika meluangkan waktu bersama di Instagram.

Langkah 2: Hashtag #StayBeautifulMom dan #StayBeautiful.

Langkah 3: Sempurnakan slogan “I want to give a mom the gift of time because… (kurang daripada 20 patah perkataan) dan jadikan ia sebagai kapsyen pada gambar tersebut.

Rakamkan gambar anda bersama sesiapa sahaja yang bergelar ibu, sama ada ibu anda sendiri, isteri, kakak atau sahabat anda. Kreativiti memainkan peranan penting untuk menang kerana ia akan menjadikan anda lebih menyerlah berbanding peserta lain.

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang terma dan syarat, layari laman web stay beautiful.

Foto kredit: StayBeautiful

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini