Jika media sosial direalitikan

0
6

“HELLO, boleh tak terima permintaan saya untuk menjadi rakan awak?”. “Saya suka cara awak, boleh saya ikut awak?”

Mungkin itu adalah antara perbualan harian yang akan kita dengar jika apa yang ada di media sosial diangkat menjadi realiti. 25 ribu orang yang tidak dikenali mengikuti anda di Instagram mungkin satu perkara yang agak membanggakan.

Namun, bagaimanakah pula jika secara realitinya, 25 ribu pengikut itu mengikut anda ke mana sahaja anda pergi saban hari dan memberi teriakan ‘saya suka’ setiap kali anda melakukan sesuatu? Pelik dan menakutkan bukan?

Jika anda boleh menerima keadaan tersebut di laman sosial, mengapa tidak secara realiti? Pengguna YouTube, Jena Kingsley cuba menjalankan eksperimen dengan menzahirkan apa yang sering kita lakukan di laman-laman sosial terhadap khalayak umum.

Ironinya, perkara yang sering kita suka – mendapat ribuan likes dan followers – di internet, bertukar menjadi sesuatu yang kurang disenangi jika dilakukan secara umum.

Tonton eksperimen tersebut di bahagian atas entri.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini