Jalani ujian mammogram untuk pengesanan awal kanser payudara hari ini!

0
10

LAPANGKAN masa anda dengan menjalani ujian mammogram atau ultrabunyi di Tropicana Medical Centre atau Hospital Pantai, Kuala Lumpur bermula hari ini (1 Oktober) sehingga 30 November 2016.

pr-shot-1200x1300-lollipop-jpg-c

Galakan tersebut merupakan inisiatif bersama Royal Selangor dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) dalam meningkatkan meningkatkan kesedaran terhadap pengesanan awal kanser payudara.

Menerusi setiap pemeriksaan yang dijalankan oleh orang ramai, sebanyak RM20 akan disumbangkan Royal Selangor kepada BCWA. Selain pemberian derma tersebut, Royal Selangor juga akan menyumbangkan sebahagian hasil jualan barangan edisi terhad Pink kepada BCWA.

rsi_7642-jpg-c

Keistimewaan koleksi edisi terhad tersebut dapat dilihat pada permukaan piuternya. Kilauan warna merah jambu begitu menggamit perhatian dan turut diserikan dengan kristal Swarovski Elements. Koleksi istimewa tersebut kini boleh didapati semua cawangan Royal Selangor dan secara online menerusi www.royalselangor.com.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini