Buletin

Huawei P10 Plus kini muncul dalam dua warna istimewa menjelang Aidilfitri

By  | 

RAMADAN bakal tiba disusuli Syawal. Masing-masing sibuk melakukan persiapan menyambut dua bulan mulia ini. Pastinya dua bulan yang sentiasa dinanti-nantikan dan dirai penuh syukur.

Setiap momen sepanjang Ramadan dan Syawal amat manis untuk dikenang. Abadikan memori itu bersama Huawei. Mengapa tidak simpan kenangan dalam bentuk foto dan video menggunakan telefon pintar Huwawei P9, Mate 9 Series atau P10 Plus?

Apatah lagi, apabila anda dapat berjimat sehingga RM100 sehingga RM300 apabila membeli model Huawei P9, Mate 9 atau Mate 9 Pro. Harga istimewa ini diberikan khusus kepada pelanggan sempena menyambut kedatangan bulan puasa dan hari raya Aidilfitri.

Huawei P9 merupakan telefon pintar pertama direka bersama dengan jenama ikonik global, Leica Camera AG. Lensa dual kameranya membolehkan fotografi telefon pintar menjadi lebih hebat. Menariknya, anda boleh mengambil sama ada foto berwarna atau hitam putih.

Bukan itu sahaja. Huawei turut memberi kejutan kepada pelanggan dengan melancarkan dua warna baharu bagi model P10 Plus. Warna hijau muda (greenery) dan biru dazzling yang dipilih amat bertepatan dengan suasana perayaan.

Tidak perlu berfikir panjang. Segera ke cawangan Huawei berhampiran anda bagi mendapatkan telefon pintar menawan dan fungsional bersempena Aidilfitri tahun ini.

Info Harga:
– Huawei P9: RM1,799 (jimat RM300)
– Huawei Mate 9: RM2,499 (jimat RM200)
– Huawei Mate 9 Pro: RM3,299 (jimat RM100)
– Huawei P10 Plus: RM3,099

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *