Hari Fukubukuro di butik HiDY & CIPELA 25 Disember ini!

0
30

PERNAH dengar mengenai hari Fukubukuro? Bagi mereka yang tidak tahu langsung tentang hari tersebut, ia sebenarnya merujuk kepada ‘Beg Bertuah’ dalam bahasa Jepun. Malah setiap kali menjelang sambutan tahun baru, seluruh Jepun dimeriahkan dengan hari Fukubukuro.

WHAT HIDY

Istimewanya hari itu adalah kesemua barangan yang dijual oleh para peniaga dimuatkan di dalam beg-beg bertuah tersebut secara rawak. Beg-beg itu kemudiannya dijual pada harga murah dan walaupun kandungan yang diperoleh pelanggan ditentukan tuah masing-masing, ia tetap berbaloi.

Kini, anda tidak perlu terbang ke Jepun semata-mata mahu menikmati pengalaman istimewa tersebut. Nurhidhas Sdn. Bhd., pengeluar kasut buatan tangan (CIPELA) dan pakaian wanita (HiDY) akan mengadakan hari Fukubukuro di butiknya pada 25 Disember ini.

Menurut Pengarah Urusan Nurhidhas, Hidayah Hasan, syarikatnya menjadi peruncit fesyen pertama di Malaysia menganjurkan acara sebegini sebagai satu bentuk penghargaan kepada para pelanggannya.

10553569_342325942618955_8488749669252737020_n

“Secara umumnya kami akan menyediakan 120 beg Fukubukuro dengan nilai RM50, RM80, RM100, RM150 dan RM200 yang mempunyai kandungan berbeza mengikut harga dan akan dijual setiap dua jam, bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam.

“Setiap beg tersebut mengandungiĀ koleksi pakaian HiDY atau kasut CIPELA terpilih rekaan saya sendiri. Beg itu juga mungkin mengandungi kedua-dua item iaitu kasut CIPELA dan pakaian HiDY,” ujar Hidayah.

10156087_787967697934053_7071510919033622944_n

Apa jua nilai beg pilihan anda dan barangan yang anda perolehi, ia tetap menguntungkan kerana kesemua item dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.

“Kita tidak tahu apa yang ada di dalam beg berharga RM50, mungkin sepasang kasut CIPELA dan mungkin juga dua pasang pakaian HiDY.

“Tidak mustahil ia turut mengandungi sepatu rekaan terbaharu daripada CIPELA atau pakaian HiDY. Siapa tahu rezeki anda untuk memperoleh kasut CIPELA berharga RM400? Semua ini ada di dalam beg Fukubukuro kami,” tambahnya.

Butiran maklumat tentang hari Fukubukuro oleh Nurhidhas adalah seperti berikut:

fuku day

 

Foto kredit: Cipela/HiDY Collection

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini