Buletin

GrabCar mula beroperasi di Ipoh, Kuantan, Kuching & Seremban hari ini

By  | 

PLATFORM perkhidmatan pelbagai pengangkutan, Grab mengumumkan peluasan servis GrabCar di empat bandar utama; Ipoh, Kuantan, Kuching dan Seremban. Bahkan, penduduk di sekitar Nilai dan Port Dickson juga kini dapat menggunakan perkhidmatan tersebut berkuatkuasa hari ini.

Sempena penambahan kawasan itu juga, Grab telah melancarkan promosi eksklusif kepada para pengguna di kesemua lokasi baharu terlibat. Bermula 15 Mac (hari ini) sehingga 31 Mac 2017, penumpang boleh menempah GrabCar dengan pilihan kaedah bayaran sama ada secara tunai atau kad kredit/debit menggunakan kod promo HIGRAB5 bagi menikmati potongan RM5 untuk 10 perjalanan.

Sejak pengenalannya di Lembah Klang, permintaan terhadap GrabCar terus meningkat. Tahun lalu, perkhidmatannya telah dipanjangkan ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka dan Kota Kinabalu. Ia turut dilantik kerajaan negeri Pahang sebagai antara rakan rasmi untuk kempen Visit Pahang 2017.

GrabCar kini boleh digunakan penduduk di enam buah negeri dan telah mencatatkan 36 juta muat turun.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

1 Comment

  1. Hero Borneo

    15 March 2017 at 6:12 PM

    Grabcar adalah pesaing kepada uber car sekarang ini..

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *