Genting Premium Outlets kini dibuka

0
13

UNTUK pencinta fesyen, anda kini tidak perlu untuk ke selatan tanah air kerana Genting Highlands Premium Outlets telah dibuka secara rasmi.

FOTO / KOPI AND PROPERTY

Oleh kerana jarak antara tanah tinggi Genting dan Kuala Lumpur hanya sekitar 50 minit, ia memberikan akses yang lebih singkat dan dekat kepada warga kota.

Masakan tidak, kini mereka boleh mendapatkan pilihan melebihi 150 jenama di Genting.

Ia termasuk Adidas, Aiger, Coach, Kate Spade New York dan banyak lagi !

FOTO / INSTAGRAM

Kini mereka masih boleh mendapatkan pelbagai promosi dan potongan harga untuk pelanggan-pelanggan yang bertuah dan terpilih.

Untuk mereka di luar sana, ayuh tunggu apa lagi? Hujung minggu anda boleh diisi dengan aktiviti membeli-belah di sana.

Waktu operasi adalah dari 10 pagi hingga 10 malam.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini