Cabaran #MostAwesomeBite ayam goreng McD

0
12

BIARPUN McDonald’s (Mcd) terkenal dengan burger dan kentang goreng, tetapi di Malaysia, ayam goreng McD adalah antara menu paling popular francais tersebut.

Siapa yang tidak menggemari keenakan ayam gorengnya yang rangup dan pedas, ditambah pula apabila dicolek bersama sos cili.

Sempena meraikan menu pilihan ramai itu, McDonald’s di seluruh Malaysia memperkenalkan ‘share box’ baharu sejak semalam (20 Mac 2017). Menerusi dua variasi tersebut, anda boleh memilih hidangan sama ada lima ketul ayam pada harga RM23.50 atau sembilan ketul ayam pada harga RM39.95.

Feel the excitement as you unbox the tasty
Ayam Goreng McD! #unboxing #ayamgorengmcd #mcdonaldsmalaysia

A post shared by McDonald's Malaysia (@mcdonaldsmalaysia) on

Bagi menggandakan kehebatan pengalaman anda menikmati ayam goreng McD, McDonald’s turut melancarkan cabaran #MostAwesomeBite bermula 20 Mac hingga 23 April 2017.

Bagi menyertai cabaran tersebut, anda perlu ke restoran McDonald’s berhampiran dan beli satu kotak ayam goreng McD. Rakam ekspresi wajah dan reaksi bahasa badan (tanpa suara) anda ketika menikmati ayam goreng McD menerusi video pendek, tidak melebihi 60 saat.

Pastikan kotak ayam goreng McD kelihatan di dalam video anda. Muat Naik video ke laman instagram atau Facebook anda dengan menyertakan hashtag #mostawesomebite dan #ayamgorengmcd.

Sempurnakan penyertaan anda dengan mendaftar di pautan ini: Pendaftaran cabaran #MostAwesomeBite

Sebanyak 10 video terbaik akan dipilih bagi memenangi baucar McDonald’s bernilai RM500. Mereka yang tersenarai dalam 1,000 video pertama pula akan menerima dua ketul ayam goreng McD percuma.

Untuk maklumat lanjut berkenaan ayam goreng McD dan cabaran #MostAwesomeBite, layari mcdonalds.com.my

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini