Buletin

BoBoiBoy sertai keluarga besar animasi DreamWorks

By  | 

ANIMASI tempatan popular, BoBoiBoy mencipta sejarah apabila terpilih untuk menyertai keluarga besar karakter animasi di Movie Animation Park Studios (MAPS), Perak. MAPS merupakan sebuah taman animasi yang meliputi lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia.

9-maps

Penyertaan BoBoiBoy sebagai salah satu tarikan utama di MAPS secara automatik meletakkannya sebaris dengan karakter-karakter animasi popular DreamWorks. Maka selain berpeluang berseronok bersama BoBoiBoy, pengunjung juga akan bertemu karakter daripada animasi Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost.

MAPS yang bakal dibuka menjelang hujung tahun ini bakal menyaksikan penjelmaan BoBoiBoy menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif untuk taman animasi ini.

7-maps

Para pengunjung khususnya kanak-kanak juga diberi peluang melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX iaitu sebuah tarikan yang memberikan pengalaman kepada pengunjung menjadi seorang adi wira menerusi teknologi 3D.

Kokotiam Tok Aba yang sering disaksikan di kaca TV turut direalitikan. Tidak lama lagi, pengunjung dapat menikmati sajian makanan dan minuman popular terutamanya koko panas.

8-maps

MAPS, taman animasi pertama di Asia akan merangkumi enam zon berbeza membentuk sebuah persekitaran animasi berlatarkan fantasi. Enam zon itu adalah Animation Square, Fantasy Forest, Live Action, Space Zone, DreamWorks dan MAPS juga akan menampilkan Dreamworks Adventure Zone pertama di dunia.

MAPS juga akan menjadi destinasi pertama di Asia Tenggara yang menyediakan pertunjukan aksi (stunt) kereta dan satu-satunya taman tema ‘siaran langsung’ di Malaysia dengan siaran semasa di seluruh taman tema serta pertunjukan-pertunjukan siaran langsung di internet, permainan (ride) menyeronokkan dan tarikan dinamiknya.

Info MAPS Perak:
Laman web: www.mapsperak.com
Facebook: Movie Animation Park Studios
Instagram: @maps_perak

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *