Bertandang ke destinasi kegemaran Lisa Surihani menerusi Groupon

0
32

KEBIASAANNYA kita hanya melihat kelibat aktres cantik tanah air, Lisa Surihani di kaca televisyen ataupun layar perak. Setakat itu sahaja kita mengenali suri hati Yusry Abdul Halim ini. Namun, menerusi pelancaran My KL by Lisa Surihani dengan kerjasama Groupon, Lisa berkongsi sesuatu yang lebih peribadi kepada kita semua.

Pilihan destinasi kegemarannya di sekitar Kuala Lumpur, inilah yang didedahkan Lisa dalam kempen selama sebulan itu meliputi lokasi menjamu selera, bersantai dan berhibur.

“Kesemua destinasi pilihan saya ini merupakan elemen kepada bandar raya ini dan menjadikan ia sebagai Kuala Lumpur yang saya kenali (My KL),” kongsi Lisa.

Berikut merupakan antara destinasi pilihan Lisa. Siapa tahu jika anda ke tempat-tempat ini, mungkin anda berpeluang terserempak dengan Lisa.

1) Societe Fancaise de Cosmetiques (Sothys): Bercadang untuk mendapatkan kulit secantik Lisa? Barangkali anda perlu membuat kunjungan ke pusat kecantikan yang berpangkalan di Paris, Perancis ini. Kesemua 47 outletnya di seluruh Malaysia menawarkan kepakaran rawatan penjagaan kulit tidak invasif dan menggunakan bahan-bahan berasaskan buah-buahan.

1n-1000x600

2) Melur and Thyme: Nikmati keenakan sajian Barat dan Asia dan bersedia untuk terpukau dengan dekorasi hiasan dalaman restoran yang terletak di KLCC dan KLIA2 ini. Barangkali keindahan kreativiti anyaman menggunakan wayar membentuk reka corak unik menambat perhatian Lisa untuk ke sini. Jadi, anda perlulah ke sini untuk merasai pengalaman serupa.

ky-1000x600

3) Jumpstreet Trampoline Park: Mahu melompat bebas melepaskan tekanan? Mungkin juga ini cara Lisa melapangkan waktunya selepas menghabiskan banyak waktu di set penggambaran. Pusat kecergasan alternatif di Seksyen 13, Petaling Jaya ini meliputi kawasan seluas 9,000 kaki persegi. Jika anda tidak gemar untuk melompat, anda juga boleh bermain sukan bola beracun (dodgeball) atau bola keranjang.

gy-1000x600

4) House Gtower: Satu lagi lokasi gastronomi kegemaran Lisa. Terletak di Gtower, Jalan Tun Razak, restoran yang menyajikan hidangan Barat – Asia ini sangat terkenal dengan beberapa menu signaturnya seperti piza sate ayam dan daging.

10801777_755608097865975_7947252955194394702_n

5) Sunway Lagoon: Siapa sangka Lisa juga gemar ke pusat hiburan kekeluargaan ini? Jadi mungkin anda yang belum pernah ke sini atau sedang tercari-cari tempat percutian hujung minggu di akhir tahun ini dan awal tahun depan, inilah jawapannya. Di sini, anda berpeluang untuk mencuba lebih 80 tarikan termasuk pantai meluncur berpasir buatan manusia terbesar di dunia, zoo interaktif pertama Malaysia, Lynton V Harris’ Scream Park, Waterplexx 5D pertama di dunia dan Vuvuzela.

Sunway_Lagoon-6-1000x600

Bagi mendapatkan promosi sempena My KL by Lisa Surihani ini ke lokasi-lokasi pilihan di atas atau mengetahui tentang promosi lain, layari laman web Groupon hari ini.

 

Foto kredit: Groupon/House

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini